HATI-HATI

Tolong hati-hati dalam semua hal.

Dalam hidup manusia walau sejauh mana kita berhati-hati kadang-kadang ada ketika kita terleka juga. Seperti sorang Mat ni yang kena tipu dengan satu e mail yang menyuruh dia update dan tukar pin nombor on line banking sebagai tindakan keselamatan..dan apabila dia melakukannya terus datang satu sms memberitahu sejumlah wang telah di keluarkan dari bank simpanan nya . Apabila dia menghubungi pihak bank ternyata pihak bank tidak pernah menggunakan e mail sebagai cara berurusan....

Teringat suatu hari di Supermarket Batu Pahat:

Sedang kami menolak troley barangan dari tempat pembayaran..seorang laki-laki berpakaian kemas muncul depan kami dan mengajak kami ke meja nya untuk mengambil hadiah percuma dari syarikatnya (arezzo). Dua kali dia datang dan mengajak kami...
Saya dan suami sambil tanya kena beli barng ke?
Cina- oh tak perlu..datng ambil hadiah saja..sambil tanya pernah dengar barang arezzo tak?
Suami- Tak pernah.
Cina- ada masuk dalam TV ,mikrowave ovennya tahan karat,bekas tak panas tapi telur boleh masak, tak ada radioaktive ,ada 3 function...bla,bla,bla....dapur ni (barang lain pula) kalau pegang tak panas tapi bila letak periuk boleh masak air dengan cepat..bla,bla,bla..
Suami dan saya- tunjuk muka tak berminat.
Cina - tak mau beli pun tak pe tapi boleh tulis nama dan alamat Encik tanda sudah terima hadiah (berupa penghadang matahari untuk tingkap kereta) ,puan pun boleh tulis ,boleh kasi lagi satu ,sudah jadi dua.
Lepas tulis alamat dia bagi sorang satu kupon...
Saya- kupon apa ni?
Cina- diskaun dan hadiah ...(sambil tolong buka sebab nampak kami tak de reaksi.)
-Eh,eh encik dapat seratus ringgit diskaun ,tapi apasal ada lagi gambar dapur ,nanti saya tanya kawan saya .(sambil panggil budak Melayu pulak)

Melayu- Nanti saya cuba talipon bos saya...harga dapur ni RM 3000 encik,kemudian encik dapat diskaun atas barangan oven mikrowave....encik dah untung encik.(syarat kena beli mikrowave oven yang beharga tiga ribu lebih)

Saya- Guna kaki cuit2 Kaki suami.

Harga mikrowave oven mungkin tak sampai tiga ribu.....dan dapur masak jenis haba tu sekarang ni paling mahal pun tujuh hingga sembilan ratus..so apa yang freenya?


Untuk anak-anak bonda yang berada di Melaka, Serdang dan Taiping, nak kasi tahu ,insyaallah pagi esuk baru ayahanda kome, bonda dan dinda bongsu akan berangkat...madah ayahanda kpd bonda kalau bertolak petang ni di mana gerangan kam akan beradu, ye tak?Bior le ayahanda yg decide ....bonda mengikut aje.

Comments

PEMBARIS_PATAH said…
AKAK JUGAK YANG BIJAK..HMMM...
PEMBARIS_PATAH said…
Kak..akak jugak yang bijak...arezzo mmg syarikat yang menipu...gores dan menag...saya dah terkena...perjuangan saya sampai ke tribunal pengguna..biar susah yang penting saya dapat duit saya balik..sape2 yang terkena..boleh hubungi saya jika tak tau caranya..
http://arezzo-products.blogspot.com/

Popular posts from this blog

BERSALAH