Goyang kaki

Dulu ,ya lebih kurang 20 tahun dulu ,membe aku kasi tahu emak dia goyang kaki je duit masuk...Huh! loaded le macam tu..mesti ada business besar2an...

Agaknya dia kesian nak tipu orang betul bendul macam aku ni lama2 lalu dia kasi tahu lah emak dia menjahit dapat upah.

Aku rasa kerja menjahit ni upahnya lumayan...modalnya hanya sebuah mesin jahit yang harga nya sekitar RM 500 dan sebuku benang yang boleh jahit berpasang2 baju.

Di sini upah sepasang baju dalam linkungan RM 60,pergilah mana2 kedai dalam Kluang ni harga nya tetap sama , macam ada persatuan pulak.....baju sahaja RM30.Tak kira lah apa fesyen yang kau minta. Upahnya akan bertambah kalaukain awak licin atau susah nak diolah.Dan kalau awak nak tokok tambah asessori, seperti butang,labuci dan manik,lining , lace,bunga tampal atau apa2 saja dari yang asal.Mula2 jangan terperangkap bila kita minta dia menjahit baju atau seluar atau kain...dia akan cari yang paling simple dan senang untuk di jahit. Kalau boleh fesyen macam kotak je kemudian tebuk leher.

Ade ke patut bila saya mahu dia jahit seluar dia suggest yang pakai getah jerut macam seluar tidur tu..upahnya tetap sama ok. Dia mahu duit saya dia mesti ikut selera saya.Saya bagitahu fesyen apa yang saya mahu..kaki kembang payung di bawah bila saya rapat kan kaki ia nampak seolah2 kain.Dia setuju saja...lepas tu bab baju pun macam tu juga dia kata macam tu saya kata macam ni...

Bila dah siap semalam saya keluar pergi ambil..dari awal lagi saya rasa tak sedap hati je nak upah dia jahit...bila sampai je dia dah macam tak sabar2 bagi nak bagi baju dalam beg plastik tu...tak pula dia suruh try...saya punggah balik dan belek2 baju2 tu..sekali pandang pun dah tahu cara jahitannya....saya minta cuba...lepas tu ..."Nya..tenguk ini baju bahagian ketiak ,banyak lebih ,ini kain mahal sudah nampak macam murah , seluar pun sini tak kena..,banyak besar ini punggung macam seluar pinjam..apa sal ini lining hujung tangan ada pendek.."

"Oh itu tangan baju ,ujung mahu kasi nampak sikit la...nanti awak mau pakai gelang ke ,itu jam ke..boleh nampak...itu seluar saya kasi besar sebab ingat awak mau pakai dalam ,tentu tarak nampak besar...itu tangan sikit besar sebab nanti awak mau tarik..mau angkat itu air nanti basah..awak pun tarak cakap...."

"Aiyah ,awk tukang jahit ,awak mesti tau la...itu hujung tangan kasi kecik kemudian taruh butang la...itu seluar saya mahu pakai dengan baju lain juga la.....fesyen2 sikit...awak tenguk ini...bila saya tarik ini seluar nampak sikit kemas..."

"Ok, ok..esuk datang saya kasi kecik sikit..."

"Nya, tak mau sukat balik.."

"Saya sudah tau ini...sini mau buang berapa inci..."

Dalam hati aku....inilah kali terakhir aku tempah baju dengan kau!!!

Nota: Senang je kalau nak tahu tukang jahit tu pandai menjahit ikut tempahan atau tidak..tenguk banyak mana baju tempahan yang tersangkut dalam kedainya....Kalau dalam musim raya pun masih sikit..dan boleh lagi terima tempahan..maksudnya apa?

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH