Al Fatehah


Baru saja tulis e mel semalam ucap takziah pada Majie ..tiba2 hari ni baca e mel , bapa Sofie pula meninggal. Bulan lepas emak Arah. Sebelum tu bapa Cenah.

Dan semakin ramailah antara kami yang jadi yatim piatu atau sekurang2nya yatim. Kalau umur kami pun dalam dua tahun akan datang sudah lima puluhan , apatah lagi ibu bapa kami,tentulah mereka dalam kategori umur yang uzur dan kritikal.

Sempena bulan puasa ni aku turut cuba menghafal beberapa doa..termasuklah doa dalam sembahyang mayat..sebenarnya sembahyang jenazah ini amat mudah namun oleh kerana kita jarang melakukannya jadi ia seperti terbiar sedangkan ia adalah sunat yang amat2 dituntut...dan dikira berdosa kalau dalam satu mukim atau kampung atau tempat atau mungkin keluarga sendiri tidak ada orang yang tahu sembahyang jenazah.

Bila lihat akan kawan2 yang bekerja dan berjaya dan membandingkan diri ku yang tidak...sama saja bila bab menjaga orang2 tua. Masing2 sibuk dengan kerja dan keluarga sendiri. Bila ibu atau bapa sakit hanya dapat menjenguk sekali sekala. Teringat kata bapa.... kalau nak tenguk orang tua ,tenguklah ketika mereka hidup dan sihat....bila dah sakit dan terlantar tak sedarkan diri...mereka pun dah tak kenal siapa yang datang.

Kata orang, sakit yang memanjang lebih baik dari mati tiba2...tetapi aku rasa mati yang segera tanpa sakit yang panjang lebih baik.Apa pun jangan menyusah dan menjadi beban pada orang yang hidup juga mendatangkan fitnah.Kata ibu sebelum meninggal....seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu.....

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH