Satu Hari Tanpa Suami

Hari ni saya raya 'sakan' ...Apa tak nya dari pukul 10 pagi saya keluar pukul 4 petang baru pulang.

Maklumlah suami ke KL lagi, kali ini saya tak dibawanya sekali,dia tumpang kawannya si Fadzil.Kata suami kereta Alfa Romeonya boleh pecut 250km/hr...

Hmmm duit pun ada sikit2 dalam tangan macam tiba2 je rasa gatal .Kepala hotak pula macam ada scanner ,macam2 nak beli, nak duduk rumah sorang2 pun boring gila atau boleh jadi gila.So apa lagi capai kunci kereta terus start enjin lah.

Happynya dapat beli dua helai baju ..bukan senang ooi. Bayangkan tiap kali salesgirl tu tanya baju macamana akak mahu..saya jawap..yang nampak bergaya tetapi sopan dan sesuai dengan umur dan potongan saya....bukan senang ooi saya nak cakap di sini!

Lepas tu saya ke butik AVON ,beli 3 biji kerongsang yang satu tu dapat separuh harga yang 2 lagi tu tak de offer tetapi bentuknya menggoda jadi saya belikan juga...sacrifice perasaan lokek setahun sekali ok.

Lepas tu baru pergi bank simpan duit sikit,pergi restoran isi perut sikit,pergi pej pos kirim barang kat kawan ,pergi asrama jumpa anak dan beli barang keperluan dia.Kemudian baru balik rumah.LEGAAA.









Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH