OUTDOOR ActIviTies

Semalam Perfect U Gym instructors buat sesi senaman di luar. Bertempat di Gunung Lambak. Salah satu taman rekreasi yang terdapat di daerah Kluang.

Bulan lepas saya tak ikut sekali, sebab malas nak keluar rumah awal2 buta . Bayang kan sesi senaman bermula pukul 7 pagi bermakna saya kena keluar dari rumah dalam pukul 6 .30 pagi. Waktu saya keluar dari rumah semalam suasana masih gelap dan siap berjerebu lagi. Saya pernah beberapa kali ke Gunung Lambak jadi saya rasa optimist tidak akan sesat.

Namun jangkaan saya melesit...saya yang memang alah dengan pelan dan arah jalan ...sekali lagi terlajak dan terpaksa berpatah balik! Oleh kerana saya tersedar agak awal jadi tak lah jauh sangat saya berpatah balik dan saya sempat sampai tepat pada masa instructors saya sampai.

Sementara instuctors saya sibuk pasang audio sistem untuk muzik aerobic saya pula sibuk pasang video cam dan akhirnya sebelum hujan renyai2 saya berjaya merakam separuh dari sesi aerobik kami.







Di taman rekreasi ini banyak tempat atau kawasan yang boleh di gunakan untuk senaman dan riadah...di sebelah tempat kami ber aerobik terdapat satu kumpulan Taichi manakala bagi orang yang datang bersendirian untuk berjogging pihak pengurusan Gunung Lambak telah menyediakan jalan tar sehingga ke puncaknya.

Apabila hujan turun tidak semena2 aktiviti kami masih mampu di teruskan kerana terdapat kawasan yang berbumbung untuk di gunakan....In this caseI prefer exercising in the gym cos there are other equipments which i can use and air conditioning too but once in a while to be outside with my amoi friends will be GREAT!

Sebenarnya lepas senaman kami kena bermain permainan budak2 seperti pecahkan belon sambil tutup mata dan masuk dalam kertas surat khabar bergerak perlahan2 agar surat khabar tidak koyak...tak dapat nak upload kesemuanya sebab ambil masa yang agak panjang mungkin kerana komputer ni lembab sangat dan saya dah 3 kali cancel dari mengupload my second video tu.


.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH