Hujan

Hari ni selepas berbulan2 tak hujan dan mengalami cuaca panas melampau (akibat global warming), Allah merahmati bumi dengan hujan. Aku tadi tergesa2 dan terhegeh2 memasak di dapur sebab pukul 9.30 pagi nanti ada belly dancing . Lagi 15 minit aku cepat2 salin pakaian dan pakai tudung....aku yang tak sabar terjerit2 bagi tahu suami yang masih dalam bilik air yang aku kena pergi dulu...tup2 masa buka pintu dan nak pakai kasut sport ...nampaklah limpahan hujan dari langit..kalau dalam rumah tak perasan langsung!

Maka tergendalalah aktiviti ku pagi ini dan aku seperti biasa akan ke tempat meluah perasaan setia ni.

Aku cukup takut dengan hujan...walaupun ia hanya renyai2. Aku selalu tanya kenapa aku cukup alah dengan air hujan ..kata suami ph nya lain..banyak asid. Aku senang di serang selsema bila hari hujan...seingat aku cikgu biologi kata anti body badan orang yang diserang selsema tak kuat. Nak kata aku kurang Vitamin C rasanya dulu dah berbotol2 aku telan begitu juga buah limau...aku memang suka limau .....bila cerita kat kengkawan kata mereka tak eluk pula sebab nanti urat jadi asam....banyak asid gitu. Kalau 10 orang kata tak sama ,mana yang betul ni?

Walaupun aku takut terkena hujan aku memang mengalu2kan kedatangan nya...sebab aku dapat berlegar dalam rumah sambil pakai baju tebal yang berlengan panjang.Kalau tak aku hanya pakai T Shirt tanpa lengan .Kadang2 bila ada orang datang kelam kabut juga aku mencari baju yang boleh menutup aurat. Tambahan sekarang hormon ku tak menentu kadang2 aku boleh berpeluh walaupun di bawah kipas angin !

Pasal global warming ni ,macam2 petua mereka bagi tahu kita contohnya jangan buka banyak lampu , mati kan enjin kereta yang tak bergerak dan macam2 lagi tapi aku nampak yang paling ketara menyumbang kepada cuaca panas ialah letupan2 bom peperangan. Kemusnahan bangunan, jentera dan infrastructure ,kebakaran yang dasyat dan haba yang di keluarkan setiap kali senjata di bedil. Tetapi orang2 Barat tak akan mengaku ,mereka akan salah kan kita kerana menebang banyak pokok nak bina bangunan.

Apa2 pun mengaku sajalah....memang walau sedikit seperti membakar sebatang mancis api dan sebatang rokok pun akan mengeluarkan haba dan menyumbang kepada global warming .Dan hari ini tiba2 hujan turun janganlah marah2 atau kesal kerana aktiviti anda tergendala..tetapi bersyukurlah kerana Tuhan telah mengurangkan kepanasan suhu dunia kita.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH