AIYAH

Lama tak menulis...pagi2 pergi gym(tahap ketagihan), balik memasak kemudian nak mandi dan solat .Bila free aje anak pula pakai ,malam bapak dia pula yang pakai. Apa nak buat komputer tinggal satu. OH ya pagi tadi terjaga pukul 5 sempat tenguk penalty antara MU dan CHELSEA je....

Itulah...bila petir nyambar degil sangat tak mahu tutup dulu , dah tu kena masuk klinik lagi, bukan sikit duit rawatannya sampai 900 ringgit dah lah komputer baru!

Semalam pun nasib baik lah bila kita bising2 sempat lah tutup yang satu ni sebelum kena sambar petir. Kalau tak barulah padan dengan muka semua orang.

Hari ni aku tak keluar exercise kalau aku rajin aku keluar tengahari nanti. Lepas aku dah puas baca blog orang baru aku jengah blog aku yang dah berkarat ni...

Ada a few things yang aku rasa menarik sangat nak tulis tetapi hampir2 ter lupa...contoh pasal moderate islam yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dan juga seperti di bawah ni;

Pertama, Pasal Wan Azizah dalam paper agenda daily..bila beliau kononnya bertanya siapa yang meluluskan satu kontrak yang kononnya berbau rasuah tetapi beliau tak sedar waktu iti suaminya masih Finance Minister..yang ni aku rasa amat lah LUCU!
http://www.agendadaily.com

Kedua ,bila aku baca satu blog marah2 sebab semua barangan naik tetapi 'BARANG' dia je tak naik....mungkin tension kut!

Ketiga, bila banyak sangat wanita yang menasihati wanita supaya jangan percaya laki2 100%. Yang ini kes yang berulang2 kali aku dengar.Ini aku nak komen sikit je...wanita keselurahannya ada 2 jenis...jenis LEMBIK dan jenis KERAS. Kalau dah lembik tu lembik juga kau bagi lah petua banyak mana pun dia tetap macam tu.

Keempat pasal Dr Mahathir keluar dari UMNO....dan Pak Lah tak kisah. Suami pula marah2 kat Dr Mahathir ..bukan apa saham dia jatuh lagi! Anyway dividen dapat lagi lepas lah duit minyak dan tampung keperluan anak2.

Kelima , aiyah malasnya nak tulis......



Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH