Seloka Orang Bercinta

Update ,8 th april.
Laki2 tua berbini muda :"Sedap, ulam muda..."
Bini :" Kurang puas.Kena bagi makan telur ayam kg dengan madu."

Laki2 :" isteri saya(bangsa Indo) selalu pakaikan stokin setiap kali saya pergi kerja."

Original, 5th april.
Dalam blog ni aku ingat nak tulis kata2/luahan biasa dari pihak laki2 dan perempuan yang sangat berbeza antara satu sama lain sebagai koleksi blog ini.

Contohnya laki2: Lebih senang minta maaf dari minta izin.

Dari kawan perempuan aku pulak macam ni : I can forgive but i cannot forget.

Dari semasa ke semasa, insyaallah aku akan sambung ayat2 yang aku jumpa/dengar dari dua sexes ni . Sebelum tu layan je pantun yg aku karang ni...

-Cinta Retak Seribu-
Kalau ku tahu retak seribu
Tidak ku unjur kail sejengkal
kalau ku tahu cinta mu palsu
Tidak ku gagah untuk berkenal

Kini terlanjur menyintai kamu
Rindu ku pendam dalam kesumat
ku sebut nama mu bertalu-talu
Agar derita ku terubat

Cintaku harap tuba yang dapat
Jiwa merana jadi melarat
Hati yang robek tak dapat diubat
Merajuk meratap

Badan ku kini kurus kering
Mata cengkung makan hati
Meratap menangis seorang diri
Akibat cinta yg di khianati

Ku bawa lara sejauh benua
Mengikut kaki kemana sahaja
Ku renangi lautan air mata
Kenapa wajah mu datang juga?

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH