Jiwang karat.

Tak tau kenape tiba2 je macm jiwang karat pulak hari ni...mula2 tu rasa jengkel macam nak marah pasal komputer kena lacur dengn gamba porno pas tu berubah angin pulak.

Cuma nak cakap di sini walau kita bernafas dalm ruang yg sempit ni masih banyk ruang boleh kita selitkan semua cerita , kenangan dan larangan.

Semua orang ada kisah silam layan jelah kalau mahu.

Orang kata persekitaran membentuk siapa kita .Dulu rasanya aku boleh karang satu cerita dalam kepala otak aku ,sepatutnyalah aku jadi novelis tapi mustahil kerna aku malas mengarang apatah lagi membaca ayat2 panjang. Aku cuma suka melayan cerita dalam kepala ku saja.Sampai sekarang aku tak suka novel melayu yang berbunga2,rimas nak tunggu penghujung cerita ,aku suka ringkas dan senang di pahami.

Watak aku watak kamu mungkin berbeda tapi layan je lah.

Dulu kamu mungkin pernah jatuh cinta ,pernah jumpa seorang dewi , mungkin juga pernah kena reject .Ada aku peduli ?Itu dulu ok. Dulu kamu mungkin jagoan , serius, cergas ,pencinta wanita , inteligent ,kaya ,handsome .Ada aku peduli? Itu dulu ok.

Ayat cinta,
Malam itu aku temani kakak untuk bertemu buah hatinya...bukan nya lama pun ,habis sangat 10 minit ,sekadar melepaskan rindu sambil bertukar surat cinta.

Tiba-tiba di deretan kedai cina aku ternampak satu susuk memandang kearahku.Betul-betul dari arah bertentangan . Cahaya bulan agak terang . Aku yang duduk bertenggek di tebing batu itu cuma memerhati dia sambil berfikir ,"Ah ,malunya duduk tertonggok di sini sambil di perhati oleh budak Cina!"

Tetapi anehnya dia tersenyum .Aku juga tersenyum.Seperti memahami . Dia menyeberangi jalan . Masih tersenyum.Senyuman yang paling manis dari seorang budak laki-laki Cina.Aku cuma memerhati susuk badannya yang tinggi dan tegap berjalan dengan perlahan tetapi nampak gagah dan tenang menghampiri ku.

"Nama saya Loo Wah Lai."

"Saya Noor Aini."

Entah apa yang di bual aku tak ingat ,yang aku ingat cuma namanya...
Kami sempat bertukar2 surat ,entah apa isinya ,cuma lukisan ...

Sampai ke saat ini aku berdoa pada tuhan mudah2an Allah SWT memberi dia hidayah untuk memeluk Islam yang Suci.....

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH