HARI HARI IBU

Aku nak tulis pasal hari ibu yang entah beberapa haribulan yang lepas. Sebab aku dalam kategori tidak mampu mengingati waktu , tempat ,tarikh dan lain-lain dengan tepat jadi aku tulis je tajuk hari-hari ibu.

Aku bukan lembab tapi aku suka lupa...bodohlah kalau tak boleh maafkan orang pelupa macam aku...Allah pun maafkan perbuatan orang pelupa, contohnya puasanya tidak terbatal kalau dia terlupa dan makan sampai kenyang. Apalah sangat kalau terlupa arah...habis2 sangat patah balik cari jalan yang betul sampai dapat.

Aku tak harap anak-anak mengingati hari aku tetapi entah macamana sebab anak ramai jadi hendak tak hendak aku macam tertunggu-tunggu juga siapa yang ingat dan siapa yang tidak. Yang sulung tu macam biasalah ada ke tak Satu Hari ibu tu dia tetap hari-hari ibu. Anak bongsu ku buat surprise dengan bagi kad buatan tangannya sendiri bila aku dan suami pergi bawa dia outing. Yang buat aku bangga tu dia bagi di asrama depan kawan-kawannya.Amboi rasa akulah ibu yg sangat2 disayangi saat itu...walau dalm hati aku berkata2 'pandai budak ni nak tambat hati aku'.Abang padanya yg dekat MMu pula bagi ucapan melalui facebook kalu tak salah(lupa lagi). Anak laki-laki yg no 2 beli kan aku buku bertajuk 'humor for a mom's heart' yang bagi aku inpirasi nak tulis entry kali ni.

Yang aku paling surprise anak perempuan ku atau d only dotter yang jarang2 lupa hari-hari istimewa yang ada dalam kalender tahun ini macam terlupa pulak ada satu hari untuk aku..jadi aku anggap untuk dia tahun ini hari-hari ibulah.

Sempena hari istimewa tu aku nak bagi tahu umum selain kerja aku sebagai tukang masak, tukang runding , tukang cerita ,tukang sampai ,tukang kemas ,tukang tanya, tukang nasihat ,tukang marah, tukang suruh, tukang basuh yang aku tak kisah buat, ada satu kerja yang aku tak suka bak kata sorang budak tu menci,menci tapi aku buat juga...iaitu tukang hidu.

Setiap kali anak-anak aku balik mereka akan sangkut atau campak baju-baju mereka sesuka hati, atas bangku, atas katil , atas lantai , atas apa saja kecuali dalam bakul kain yang aku letak tepi mesin basuh kain .Untuk suami tersayang aku dah terbiasa menghidu bajunya yg bahagian ketiak tu kalau aku was-was samaada baju tu dia dah pakai atau baru pakai setiap kali aku nak pungut dan basuh.Sekarang ada kerja tambahan sebab anak sulung aku dah duduk sekali jadi hendak tak hendak aku kena kutip bajunya dalam bilik , kalau tidak bau yang berkumpul dalam bilik itu akan menerejah sampai keluar.Kerana terbiasa menghidu baju jadi tabiat tu terbawa2 sampai kena hidu setiap baju yang aku kutip untuk di basuh nak tahu hari ini anak-anak aku sedang bercuti ... aduhai siksanya hidung !

Comments

fnd said…
akak busy time tu. terlupa nak wish. tapi mmg ada igt. just tak ada kesempatan echewahh. love u nonetheless!

Popular posts from this blog

BERSALAH