ANTARA HARGA PREMIUM DAN USANA

Aku baru je cakap pasal cepatnya masa berlalu...'DEMI MASA ,manusia itu dalam kerugian...',
Sebulan rasa macam seminggu ,setahun pula rasa macam sebulan. Tup2 dah sampai surat notis premium dah tamat tempuh setahun....melalui surat melalui sms dan melalui panggilan talipon.

Harga premium untuk nama suami sahaja RM1443...aku punya lebih lagi le tapi aku malas nak tenguk ....berlonggok2 surat atas meja tu akau campak je dalam tong sampah..buang masa aku nak belik.

Kawan suami yg ambil sama dengan suami renew semula untuk fmly dia 4 orang tu...Dia tak serik walaupun satu sen pun dia tak dapat claim bila dia masuk hospital dulu...alasan dia silap biar majikan tanggung kalau dia bayar cash dulu, dapat resit baru boleh claim itu kata tukang jual insuran tu tapi sebelum tu orang tu tak cerita semua syarat2 yg ada dlam perjanjian jual beli premium tu.

Sama lah bila aku kata aku dan anak aku ada sejarah penyakit tu penyakit ni katanya tak perlu bagi tahu..kalau bagi tahu tentu gagal. Ok le kalau tiba2 aku masuk hospital...tiba2 mereka korek sejarah aku..apa dia mahu tolong dapatkan ke. Sama juga denag kawan aku ni mengapa dia tahu dari awal dia tak tolong bagi tahu jangan suruh majikan bayar tapi bayar duit sendiri dulu nampak tak apa yg tak kena ..ofcourse dia akan hilang points bila baru je jual premium dengan harga seribu boleh claim sampai 28k...sure tak dapat bonus jualan ke apa ke....atau kena reject setiap kali dapat customer....atau lebih teruk kena lucut dari jadi agen.

Aku bagitahu isterinya yg aku dan suami akan discontinue..tak macam alasan dia takut suaminya accidentke dan hilang keupayaan ke.. aku boleh terima juga sebb suami dia suka pandu kereta laju2 dan rajin balik KL dari Kluang.Tetapi apa salahnya kalau bawa perlahan2 .Kemudian katanya lagi sebab beli juga takut nanti bila umur bertambah syarikat insuran tu tak akan luluskan pembelian premium especially bila dah berhenti kerja..aku setuju untuk dia je tapi tidak bagi aku.

Alasan aku senang, selain dari aku rasa mahal dan tertipu sebab bukan 100% boleh dengan mudah dapat claim, aku rasa bila suami dah tak bekerja walaupun kami boleh sambung membelinya...mampukah kami bila sampai waktu itu?Memang malang tidak berbau dan boleh berlaku...tetapi masih boleh berusaha untuk mengelakkannya bukan? Insyaallah .

Jadi aku tanya dia seperti aku tanya diri aku, mengapa kita BAYAR dengan BANYAK semata-mata kita TAKUT pada sesuatu akan berlaku pada kita...mengapa kita TIDAK BAYAR pada sesuatu yang membolehkan kita ELAKkannya. MAKsud aku mudah je JAGA KESIHATAN ,makan supplements seperti USANA .Ia BOLEH jauh kan diri kita dari hospital.




http://naha-ragammanusia.blogspot.com/2009/06/nak-jadi-jutawan.html

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH