UPM

Kebelakangan ni ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatanku. Kepala mudah pening bila tunduk atau lepas senam dan cuba baring. Mungkin Vertigo , antara penglihatan ,pendengaran dan urat saraf yang menyampaikan maklumat kepada otak ku dah berkecamuk. Dulu pun pernah kena ,kepala ku berpinar2....terpaksa merangkak sebab nampak lantai berpusing2. Macam biasa pergi ke doktor katanya tak ada apa2 penyakit.

Lepas tu buah dada ku pula rasa pedih semacam dan hari ni bila di perhatikan ada bisul kecil seperti jerawat..mudah2an memang jerawatlah dan tak lebih dari itu...tak masuk penyakit lain seperti kebas2 ,sakit2 sendi tulang apabila bangun.Aduhai badan betullah kata orang bila dah menopaus ni macam2 penyakit akan datang.

Sebenarnya aku bukan nak tulis hal2 yang diatas tapi nak tulis hal UNIVERSTI PUTRA MALAYSIA pula dulu tulis pasal UNISEL. Lepas 3 orang anak2 ku pulang ke tempat masing2 semalam dapatlah panggilan ...dah tentulah dari Alan. Almari dan laci meja dia dan kawan2nya kena pecah! Mak Oiiii! asrama UPM yang berpagar dan ada dua tiga ekur JAGA kat pintu pagar pun masih ada pencuri boleh masuk ka? Yang bestnya depa lepas tangan alasan ada orang menumpang waktu students bercuti .PATUT KE?

Yang hilang bukan sikit2 untuk seorang student contohnya Alan kehilangan baju jaketnya , buku yang beharga lebih dari seratus ringgit, LAN cabel ,router ,peti ais .Dan aku dengar kawan nya Syazwan pun tak kurang hebatnya barang yang hilang.

Lagi satu yang menjengkelkan, ada setengah budak2 kolej yang tak dapat sambung dan yang bangangnya penuntut2 ni tak di beritahu awal2. Termasuklah roomate dan housematenya . Yang sorangtu ,bila buat rayuan , berjaya tetapi terpaksa tukar ke tingkat tiga bersama budak2 Arab.Walhal bilik alan masih kosong. Dan sorang lagi pulak tak berjaya. Sekarang masih tinggal dalam bilik yang sama kerana mana nak cari tempat tinggal kalau dah tak bagi tahu awal2.

Rupa2nya UPM cuma hantar surat kepada students yang berjaya saja tinggal dalam kolej yang tak berjaya mrk tak umumkan bila sampai kolej baru nampak list nama terpampang....kalau nak ikut Alan pun tak dapat surat ....entah landing kat mana surat nya aku pun tak paham tetapi alhamdulillah lah ,macam aku kata kat anak aku yang tergesa2 nak balik awal sebab surat tak dapat dan tak tahu samaada dapat tinggal dlam kolej atau tak. Apa bezanya , kalau dah termaktub , lambat atau cepat sama saja.

Tapi yang bangangnya pihak UPM ni bukan kah budak yang tak dapat stay tu lagi rumit masaalahnya kerana perlu cari tempat tinggal lain..mereka perlukan masa dan duit untuk downpayment ,takkan nak tido tepi jaln kot! Budak2 ni lah yang pihak U kena inform dulu .BANGANG punya management! Bila budak2 nak bersuara kena mark dan cari salah budak2 tu.Sepatutnya dalam kampus biar ada pembangkang biar ada pengkritik barulah boleh di perbaiki lagi sistem yang ada....ini tak semua nak senang semua nak menang. Kalau malas ke atau nak jimat ke...just e mail them ,itupun pihak UPM tak reti buat!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH