Inflasi

Tiap2 tahun ada bulan2 tertentu yang sangat2 di nantikan oleh saya dan suami. Mungkin setengah orang ternanti2 hari anniversary atau hari lahir nya tetapi ini lebih bagus. Iaitu hari suami dapat increment dan kemudian tunggu bonus pula.

Tahun ini increment suami dan staff2 yang lain tak sebagus tahun lepas. Kurang tiga per empat.(Maaf, kurang dua per tiga.) Patutlah ada executives muda yang sakit hati ,merajuk ,ambil cuti balik kampung dan sebagainya.
Bagi aku dan suamiku ...masih boleh terima kerana kami dah pernah melalui keadaan yang lebih teruk sekitar tahun 1998 sehingga semua kenaikan gaji di bekukan sama sekali. Sekarang Malaysia dilanda inflasi sekitar7.7 peratus yang terburuk sepanjang 27 tahun.

Merujuk pada semua petanda seperti ekonomi yang lembab ,harga barang makan yang melambung , saham yang jatuh ,minyak petrol yang semakin berkurangan ,pengeluaran yang tak seimbang permintaan dan politik yang tidak menentu ,saya rasa lambat lagilah keadaan akan pulih. Dan tentang bonus pula....entah lah berserah pada Tuhan.

Kadang2 rasa macam tak percaya bawa dua ribu semasa ke Kelang , pulang hampir kosong tak nampak apa yang dibeli .Nauzubillah...

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH