Nilai Kesyukuran

Hari ni nak tulis pasal sifat manusia yang selalu lupa atau kurang sekali mengucap terima terima kasih. Anak2 kurang mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah. Anak2 murid terhadap guru2 ,pekerja terhadap majikan atau pun rakyat terhadap pemimpin.Dan yang paling ketara hamba terhadap Penciptanya.

Terima kasih menunjukkan kita bersyukur dan menghargai apa juga pemberian yang kita terima dengan ikhlas. .Anak yang berterima kasih kepada kedua ibu bapanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Terima kasih tidak perlu walaupun selalu di tunjukkan dengan memberi dalam bentuk material tetapi cukup sekadar meluahkan dengan kata2 dan perbuatan.Seperti anak menjaga orang tuanya yang sudah tua dan lemah. Pekerja yang sanggup bekerja lebih masa untuk menyelesai kan kerja dalam tempoh tertentu dan sebagainya.

Janganlah kerana marah pada ibu bapa kerana tidak mendapat sesuatu sanggup lari dari rumah atau kerana kenaikkan gaji yang sedikit ,pekerja mengugut untuk berhenti atau mahu kerja main2. Atau marahkan majikan kerana tidak peka bahawa rezki itu juga pemberian Ilahi.

Baru2 ini ramai yang tidak puas hati kerana kenaikan gaji yang kecil tetapi saya ingin mereka fikir kembali.Sekiranya kita menilai 50 rm dengan nilai duit memang lah kecil tetapi kita boleh membuat iabenar2 bernilai. Contohnya dengan nilai tersebut kita boleh beli sekampit beras wangi yang boleh dimakan untuk sebulan...sekurang2nya tetap meringankan beban kita bukan?

Alhamdulillah.... kenaikan tahun lepas mampu menjelaskan bayaran bulanan MyV dan kenaikan tahun ini walaupun kurang lepas juga beban bayar duit kereta Satria saya .Dan saya tetap besyukur .Mudah2an mereka yang lain tidak bersungut* (semut* pun lagi pandai bersyukur!) Bukankah Allah suka pada hamba2 yang selalu bersyukur.Ada orang kaya tetapi hatinya tak bahagia...rumah besar tapi penghuninya sedikit dan sunyi pula.....saya yakin setiap kesempitan ada hikmahnya.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH