NoT NAJIB but ITs AnwaR !

Tokok-tambah :

Teringat .Macamana agaknya reaksi orang dalam UMNO terutama Che' Dek. Tak mahu salahkan dia apabila dia bagi pendapat yang Anwar hanya bermimpi apabila teringin nak jadi PM. Alasan nya orang dalam UMNO telah menolaknya secara TOTAL (sebulat suara) dan alasannya juga Anwar selalu burukkan dia di luar negara...macam pembelot negara je...tapi alasan Anwar pula sebab dalam negeri orang UMNO atau di panggil kerajaan tidak bagi dia platform untuk membela diri.Walau pun guna undang2(pakai mahkamah) kesnya selalu kena tendang. Kalau dia menang dah dapat juta2 dan bertambah senang dia untuk berkempen dan sure UMNO akan kalah lagi TERUK dalam pilihan raya lepas.

Sekarang ni UMNO dah lemah ,peluang Anwar semakin cerah..so kalau lah Anwar jadi PM, apakah dia akan mengorek semua rahsia2 peribadi musuhnya..mungkin tidak..sebab kata orang dia ada pegangan agama. Dalam agama pun melarang kita membuka pekung (sejenis penyakit kulit yang boleh di sorok) orang lain. Dalam Islam suruh kita memaaf dan memohon maaf....SO jangan le pulak ngada2 nak korek dan mengaibkan bekas BOSS nya dulu..sebab bagi pendapat saya itu adalah perbuatan KURANG BAGUS OK.

Teringat. Baru la aku percaya bahawa kehidupan ini macam RODA..Walaupun bukan roda kereta F1 yang berpusing teramat laju atau roda kereta lembu ,yang pergerakannya slow sikit tetapi roda kehidupan yang membawa kita berpusing bersama2 ,kadang2 kita berada di atas dan kadang2 kita berada di bawah.


Paparan Asal:

Pak Lah belum lagi berundur dah ada macam2 nama keluar untuk jadi penggantinya , mentang2 lah Rakyat Power..

Dan nama yang di sebut2 tak lain ialah Anwar Ibrahim ...Timbalan yang pernah meringkuk dalam penjara semasa di bawah pimpinan Mahathir dulu...Sejak saya dengar suami saya cerita pasal ESQ bahawa manusia ni sama saja...jadi kat sini saya minta maaf lae sebab tak letak pangkat di depan nama2 yang saya tulis di atas dan ini bukan bermakna saya tidak menghurmati mereka. Sebab lain ia bagus bagi mengelakkan sebarang kesalahan panggilan title sebab saya kurang arif dengan pangkat2 ni.

Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi PM kita .

WOW!

Dan WOOOOH!

Wow is like SIAPA SANGKE YE...

Wooooh is like dasyatnye.... BOLEH KE ?

Sebab aku baru je nak berjinak2 dengan politik ...masih beringus...takut tersilap komen...yang pasal kes LIWAT tu ..mungkin yea mungkin tak...jadi di sini aku akan ambil jawapan tak.

Jadi cerita tu aku tolak tepi le...

Sekarang ni aku nak tanya...nanti kalau dia jadi PM dia akan jadi kawan baik Amerika lagi ke ...dan kalau Malaysia menghadapi masaalah kewangan ,apakah dia akan bagi orang lain handle atau dia yang akan handle sendiri macam isu IMF.

Di sini aku kena fikir yang positif...Aku rasa le ,antara sebab kita patut bagi peluang dia jadi PM ialah kerana dia pernah masuk penjara...katakan dia teraniaya ,ada konspirasi menjatuhkan dia ..kemudian dia bangun semula dengan penyatuan rakyat semua kaum dan berjaya mengguling atau membungkus BN (lebih tepat :UMNO). Jadi kalau dia jadi PM nanti tentu dia INSAF, tentu dia tak berani jadi BONGKAK ,tentu dia tak berani seleweng2 ,tentu dia TAKUT PISANG BERBUAH DUA KALI>>TENTU , betul tak?

Oklah...Saya SETUJUUUU!

Dan anda bagaimana pulak?

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH