Ada SUKA Ada BENCI

Siapa tak kenal dengan Raja Petra Kamarudin atau RPK, siapa yang tak baca Malaysia Today pada hari ini .Banyak yang baca ,termasuk akule pambaca setianya.

Aku suka dia..oops tulisan dia . Dari penulisan nya lah (selain A Kadir Jasin) aku dah tak payah keluar dan cari surat2 khabar tempatan.Begitu juga buku2 politik hanya untuk tahu perkembangan perkembangan semasa dalam negeri.

SUNGGUH JIMAT WANG DAN MASA!

TERINGAT. Dulu bila Anwar Ibrahim dipecat..banyak orang politik buat duit..entah2 ramai yang jadi jutawan segera kerana menulis buku pasal kes Anwar.Apataknya semua buku yang terpampang dalam kedai semua orang seperti aku ni nak beli .Macam2 DALIL..semata2 nak tahu KENAPA!

Tetapi semua yang aku baca langsung tidak jelas .10 macam buku 10 macam sebab .

Tapi RPK ni lain ...dia ulas sebiji2 siap dengan data dan fakta yang buat aku macam ; "O( yang panjang), macam tu ke ,baru aku paham!"

Dia ni macam(Hero) berani nak mampos ...pernah ditahan di bawah ISA dan hampir2 di tahan lagi sebab ulasannya yang berani dan suara2nya yang lantang menegur kerajaan(UMNO) .Kemudian ni dia kena lantang tegur parti dia pulak BARISAN RAKYAT.

Tetapi di sini bukan semua tulisannya saya baca dengan senang hati .

Dalam diri nya ada keberanian, kepandaian , kematangan fikiran ,keyakinan dan kebijaksanaan mengungkap kejadian2 yang berlaku dan akan berlaku.Faktor2 inilah yang mengagumi ku sepenuhnya.Dan anehnya saya amat membencinya bila dia menyuarakan buah fikirannya tentang Islam.

Dia membantah Malysia jadi negara Islam kerana melihat contoh negeri Kelantan. Kelantan di perintah oleh PAS dan berteras kan agama tetapi masih ada pelacuran di sana sini. Seakan mengatakan biar ada pelacuran asalkan jangan guna nama Islam .Negara Islam yang penduduknya masih melacur adalah negara yang hipokrate atau dalam arab di sebut munafik.

Sebenarnya saya sendiri tak mahu negara Malaysia di tukar jadi negara PAS. Malaysia ,Malaysialah...nak tokok tambah dekat mana lagi.Yang nak di tokok ialah sistem yang berterajukan agama. Tetapi di sini aku nampak macam RPK dan isterinya yang hipokrate. Macam bangga isterinya pakai seluar ketat dan baju ketat dengar ceramah PAS dan duduk dalam jemaah lelaki di sisinya.

Apa kah mata dan hati nya buta apabila statistik mengatakan remaja2 Melayu (terutama di KL) dah ramai yang tak de dare walaupun TAK MELACUR! They do it for pleasure not for money ok.

Mungkin dia tak hipokrate atau munafik macam setengah orang yang sekejap tutup sekejap bukak. Dan aku tak boleh marah atau kata dia jahat sebab itu lah diri dia yang sebenarnya .Yang beragama tetapi MODEN.

Dan aku terus saja membaca ,membenci dan menyukai tulisan2nya.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH