ORANG HUTAN

Kira2 ayat tu lembut juga tu....kalau ada orang kata tak sembahyang nak jadi hantu raya, pelesit ke , jembalang ke apa macam? Yang aku tahu dalam UMNO sudah ada pembunuh yang belum dapat di tangkap...itu aku dah hampir 98% yakin.Kemudian orang UMNO juga panggil blogers beruk dan tah apa2 lagi....aku tak kisah pun.

Sebenarnya semua orang tak suka dipanggil sebegitu walaupun ayat itu lah yang paling sesuai di sebut. Lagi tak bersesuaian apabila orang yang menyebut itu pula di pandang sebagai tokoh agama dan seorang yang patut di hurmati kerana umur dan ilmunya.Tetapi kan dia juga manusia biasa...

Ada2 je politik ni.....

Comments

IF said…
Setuju. Kalau saling berbalas2 panggil nama macam ni, tak ubah macam budak skolah rendah.

Ini jugaklah sebabnya saya tak setuju langsung penglibatan agama/ tokoh agama dalam politik. Bukanlah maksudnya kita jadi sekular macam Turki.

Penglibatan agama dalam pemerintahan adalah penting but certainly not in politics.

Bezanya, jika kita libatkan agama dalam politik kalau parti tu tak menang habis lah semua 'manifesto2' tersebut; tamat kat situ saja.

Tapi kalau libatkan agama secara langsung dalam pemerintahan, tak kira siapa pun memerintah, mereka kene menghormati dan akur dengan peranan agama dalam pemerintahan negara. Takkan ada masalah 'penggadaian agama' baik parti pun mana memerintah.

Bagi saya kalau sesiapa tokoh agama yang melibatkan diri dalam politik secara langsung, there is bound to be a conflict of interest at one stage.

Mungkin ilmunya tinggi menggunung incomparable to that which I possess. Tapi jika tak disokong dan dukung oleh peribadinya tidak cocok dengan panggilan 'tokoh' agama. Mungkin tokoh politik lebih sesuai since we are all too familiar with how politicians work.
NoraHash said…
Biasanya tokoh2 agama memasuki politik kerana melihat kepada sejarah pemerintahan Rasullullah .Ia itu tidak salah malahan lebih bagus jika pemerintah itu mempunyai background agama yang kuat.

Masaalahnya di Malysia bukan semua bangsa beragama Islam dan malahan banyak juga orang Islam yang tidak mengaku Islam.


Saya lebih suka melihat kepada peluang atau keupayaan tokoh agama ini untuk menang dan merealisasikan manifesto mereka.Dengan mengunakan perkataan2 buruk akan membuat orang 2 yang di atas pagar merasa was2 samada parti inikah yang lebih bagus tambahan pula kata2 itu akan menjadi jarum oleh musuh politik mereka....dan perkataan buruk memang tidak wajar di gunakan sebagai bahan kempen.

Kita mendambakan pemimpin yang berkaliber terutama yang mempunyai ilmu dan latar belakang yang bagus.Bukan muka yang bagus (statement Khir Toyo)

Popular posts from this blog

BERSALAH