Melantak

LEGANYA.

"Berapa umur kamu?"
"25"
"Haha...jangan panggil saya kakak, anak oii....panggil saya makcik!"

Sebenarnya saya lega hari ni bila 'rumah' saya dah nampak macam 'rumah' semula. Maklumlah lima orang anak balik serentak dan semuanya pula tu ada sindrom malas mengemas, lima orang lima beg pakaian kotor yang saje2 di kumpul selama seminggu kononnya hujanlah , exam le ,tak de masa le ,tak bole pakai le...kalau ada babu sekalipun sure pening nak mengemas..mana taknya ada yang bangun lambatle ,tertidur atas sofale , atas lantai le dan yang tak tidur pun ada sebab main game.Mug air merata ceruk tak termasuk barangan lain yang bersepah sana sini.

Hari ni dan semalam saya sambung ke gym selepas 4 hari gym tu tutup kerana Hari Raya Cina.Nasib le ada gym kalau tak saya mesti hidup untuk makan saja di rumah.

Dan hari ini bila saya tenguk dalam cermin kolar bone saya dah timbul sikit walaupun isi di sekeliling ketiak masih tebal saya anggarkan dalam 2 inci. Dan hari ni juga saya mula guna alat2 gym yang agak berat sikit.Masalah yang paling besar ialah untuk menghilangkan lemak di keliling perut...anggaran 3 kilo ni.


Dan hari ini saya bertegur sapa dengan budak Melayu yang baru 2 kali saya jumpa di Gym...alasan dia masuk ke gym kerana badannya terlalu kurus....dia hairan tenguk saya boleh bertahan lama ketika buat work out dan saya teringat waktu hari pertama saya buat work out.

Hari pertama dulu :Speed 42 ,duration 20 mins >>tercungap2 . Tangan kena pegang handle sebab takut terpelanting dari mesin tread mill.

Sekarang /hari ni : Speed 52 walking ,duration 30 mins , speed 64 running, duration 10 mins.

Yang lecehnya bila balik kerumah saya bedal nasi sepinggan...lepas sembahyang zohor suami ajak keluar kemudian makan mee hoon soto dengan ais lobak merah susu ,lepas tu jumpa mr Ong dia belanja kat rail station..cuba tak mau makan tapi dia order juga roti bakar dengan kopi 0.
Mmmmmm melantak lagi!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH