MUDAh2an

Hari ni aku terima message dari Saft dibaca...hai sahabat kenapa lama tak dengar berita, sibuk sangat ke?

Memang lama tak antar sms ...dan aku pulak jenis kalau orang tak bertanya khabar tak lah aku kuasa menjawab...aku anggap mereka sibuk dengan tugas mereka lah..apa lagi. Aku?Hmmm selalu free and only bezy sikit2 kalau anak2 balik.

Digi prepaid aku masih berbaki ,cuma tak leh call out sebab 5 hari air time dah tamat so aku terpaksa tambah lagi airtime 10 hinggit campur baki 11 hinggit jadi banyakla baki aku .Instead of antar sms aku terus je call dia yang duduk di Kuching tu. Aku tahu ayat yang mula2 akan keluar ialah rindunya dia pada suara aku ni yang bagus sikit dari suara Pushie.Honestly aku pun rindu pada dia dan rindu amat sangat pada waktu kami celebrate new year sambil minum2 di water front.

Mulut aku tergatal bertanya berapa duit bulanan yang dia dapat ....nak kata duit pencen, suaminya meninggal sebelum pencen....mati2an selama ini aku ingat dia dapat around 300 ke lepas kenaikan paling kurang 500 macam tu.Tapi masyaallah aku terpaksa ulang tanya sekali lagi...apa??Awak maksudkan lepas kenaikan awak dapat banyak tu ....

Balik ke rumah selesai sholat asar aku terus berdoa dan menangis kerana terkenang ramai yang tak pernah cukup dengan rezki yang Allah bagi....

Dia tak pernah tunjuk dia susah atau bersungut dia susah....atau aku yang tak pernah nampak dia susah. Anak dia dua orang laki2 hidup dan membesar juga. Dia sengaja tak mahu kawen lagi sebab kasihankan anak2nya .Anaknya yang sulung sama umur anakku yang perempuan manakala anaknya yang bongsu sama umur anak ku Qayum ,17 tahun sedang tunggu keputusan SPM.

Dulu dia berhajat menghantar anak sulungnya ke UNISEL ,dia bertanya berapa kosnya dan berapa aku bagi duit belanja anakku yang belajar di situ. Akhirnya hajatnya terpadam begitu saja.Walaupun ada PTPN namun tambang kapal terbang, duit asrama dan duit makan masih kena tanggung sendiri.

Sekarang dia menaruh harapan pada anak bongsunya dan mengharap anak sulungnya mendapat pekerjaan dengan immigresen.

Ya, mudah2an kata ku menamatkan perbualan melalui talipon siang tadi.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH