Apa Yang BERSIH?

Hari ini tak berapa sihat sebab 4 hari di KL boleh di katakan banyak berjalan dan kurang rihat.Pada 10/11 hari tu saya terlepas melihat satu perhimpunan hebat yang di namakan BERSIH. Tiket bas dari Kluang pada pukul 11 pagi habis di jual dan yang paling awal ialah 2 ptg.

Kami bercadang turun di hentian Serdang dan mengambil kereta dari anak untuk ke Dataran Merdeka.Pada pendapat kami kalau kami bertolak dari pukul 11pagi kami masih sempat melihat peristiwa bersejarah tersebut secara hidup/langsung.

Tapi kami sampai ke Puduraya pada pukul 7.30malam. Bas juga tidak dapat berhenti di Serdang kerana laluan sibuk dan sesak. Di stesyen bas pudu kami lihat beberapa buah trak FRU bergerak mungkin hendak pulang kerana sudah selesi operasi.

Dalam bilik hotel budget Citin (dulu Katari) kami sempat melihat berita TV9 gambar2 polis menangkap beberapa orang yang pakai baju kuning bertulis BERSIH.Sebelum tu dapat juga dengar suara Pak Lah bagi ucapan di sidang perhimpunan UMNO yang dia PANTANG DICABAR!Ha!ha! dia mungkin menyesal sekarang dan akan berkata jangan cabar RAKYAT!
Saya tak berapa fokus sangat kerana nak khadho sholat yang banyak tertinggal, esok tentu banyak cerita yang saya boleh baca melalui surat khabar.Malam ni juga kami akan menaiki LRT ke Serdang untuk mengambil kereta .

Pada keesokan paginya dalam surat khabar, satu gambar apa pun tak de...macam mimpi di siang hari pulak. So apa lagi buka internet le...macam2 ADA siap dengan U Tube lagi!Pendapat saya walaupun IGP kata perhimpunan itu dapat di gagalkan....saya dan suami kata ia tetap BERJAYA .Ada orang yang tak paham lalu tanya suami kenapa mesti buat perhimpunan haram tu, sesudah suami explain mereka nampak seperti setuju.

Kalau dah ada di PUDU ,tak sah le kalau kami tak jalan2 cuci mata di Petaling Street.Di sini orang berniaga seperti biasa macam tak ada apa2 yang berlaku.

Suami macam hairan kenapa kawannya(orang KL) terkejut besar bila kami kata kami ada di Petaling Street.TERKEJUT sungguh. Kami syak tentu dia fikir tempat tu tak de standard..tapi inilah kami...semua tempat kami suka teroka.Di sini ada satu tempat orang Tibet jual kristal secara borong. Hari itu saya bernasib baik kerana ada hasil tangan mereka yang saya berkenan dengan harga yang berpatutan.Dan jangan cakap le kalau dah masuk Mall harganya untuk masterpiece yang sama mestilah berganda.

Kerana cuaca terik saya ajak suami masuk ke dalam kedai .Mula2 saya tak perasan tetapi sebab tujuan saya dalam kedai itu ialah untuk menyejukkan badan bukan cari barang saya dengan mudah dapat merasakan bahawa orang2 yang berdiri di depan saya sedang membuat dealing untuk jual beli DAGING HARAM.Masyaallah semudah angkat jari kemudian berbual sekejap ,bila perempuan bangun dan jalan kemudian Si Banglaman akan ikut dari belakang.Saya ajak suami ikut mereka yang entah hilang tiba2. Rupa2 nya ada tangga di celah2 kedai jual alat2 telefon dan kedai jual kasut....dalam 5 minit boleh tenguk siapa yang naik turun tangga tersebut.

Perempuan2 yang berdiri dan berlegar2 di sini walaupun macam2 warna ,umur dan pakaian seakan kenal antara satu sama lain...ini juga pada mulanya menghairankan saya.Mati2 saya sangka mereka ni penjual atau pembeli di Petaling Street yang begitu muhibbah dan mesra, perempuan Cina berpakaian seperti kanak2(berskirt ,rambutnya di tochang dua dan memakai cermin mata sambil menggalas beg di bahu) boleh berbual dengan perempuan India sedangkan tadi sedang berbual dengan perempuan Melayu (yang pakai baju kurung).Rupa2nya mereka semua satu kapal. Jadi apa yang BERSIH nya! Sekadar nak berpolitik saja .Alangkah baiknya kalau Tuan IGP suruh 4 dari 4000 polis2 anti rusuhan tu kawal BERSIH di kawasan2 ni!

Hari seterusnya kami menginap di Jalan Bukit Bintang. Di sini kawasan nya agak berbeza dari di Pudu.Tempatnya agak bersih.Pendatang2 asing pun ramai bekerja di kedai2 urut reflexology.Terlalu banyak kedai urut pula! Pekerjanya akan datang kepada kita seperti semut nak kerumun gula setiap kali kita melintas depan mereka. Merimaskan! Yang ini saya tak nampak ada atau tidak aktiviti pelacuran .Pernah dahulu edisi siasat di NTV7 buat pengambaran memang ada aktiviti2 tambahan berlaku di kedai2 urut yang ada menyediakan bilik2 khusus.

Satu lagi di sini jika di bandingkan dengan sekitar Puduraya, tidak ada hotel2 yang menyediakan harga untuk menginap mengikut jam, Walaupun ada permintaan . Bukan semua nya untuk kerja haram tetapi untuk Musafir yang perlu tidur ,mandi atau sholat sebentar ,ia boleh membantu selesaikan masaalah mereka. Tetapi ada pulak yang sekadar nak park n go.

Soalan saya apakah Malaysia BERSIH sesudah perhimpunan BERSIH ?Sudah tentu tidak!PERNAH nampak tak batang hidung ahli2 politik kita berjalan di Petaling Street atau Chowkit atau BB walk? Mesti lah tidak kerana tempat2 ini sangat menjijikkan mereka....patutlah, orang2 yang tahu akan terkejut besar kalau kita berada di Petaling STreet kalau dulu Chowkit Road ,rupa2nya >>>>>>>>>>>>>TEMPAT SARANG PELACUR MURAHAN!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH