Kifarah...

https://muhdhazrie.wordpress.com/2009/07/13/apa-itu-kifarah/

Sebelum aku panjangkan posting tajuk ini aku terpaksa mencari erti sebenar perkataan kifarah itu sendiri dan aku tertarik dengan posting dari link ini,moga pahalalah milik  penulis ini dan aku kira tak perlu minta izin atau sebagai kerana mengambil kata2 dia kerana  berada dalam alam maya ini kita sudah maklum atur cara fungsinya  seperti apa saja di atas skrin sudah menjadi milik maya untuk membaca atau menyalin .

Pagi ini ketika berkumur dan meludah dalam sinki kahak ku ada kesan darah walau semalam atau pagi inipun aku tidak batuk . Aku terpaksa scan otak aku untuk fikir apa yang aku makan atau minum semalam . Sebab semua itu akan jadi penyebab . Cuka dan limau ,nenas dan kuinin ,anggur dan mangga ,asam jeruk atau apa saja yg tinggi asid yang boleh membuat bebola dalam paru-paru ku luka kembali.

Keadaan seperti ini sudah lumrah bagi ku , aku bersyukur tak lagi panik setiap kali berlaku kalau dulu doktor jadi tempat pergantungan ku hingga satu ketika bila ubat doktor yang ku makan habis tapi darah masih ada aku menangis,Bagi ku saat nya mungkin sampai bila ubat tidak  lagi mengubati kerana sudah sebati lalu aku mengadu pada ibu angkat ku yang memang sudah maklum dengan situasi ku ..katanya cari buah kelapa dan selawat banyak2 Ani sebelum minum .

Sejak hari itu aku berfikir tentang kebodohan ku selama ini ,apa aku sudah tidak percaya pada qada dan qadar dan ujian serta kifarah Tuhan.Aku menerimanya sebagai kifarah kerana dalam hati aku selalu berdoa jika sudah sampai ajal biarlah akutidak berhutang sama sesiapa bgt lah dengan  Maha Pencipta.Kita hanya berhajat tetapi perlaksanaannya hanya Allah swt yg tahu.

Jadi dengan membaca beberapa potong doa ,aku meneguk air kosong yg  sentiasa ada dalam bilikku. Aku yakin punca nya  dari air gas atau  air malta yang aku minum semalam dan lauk sambal tumis yang banyak aku makan sebelum tidur. Biasanya ia akan berhenti dalam beberapa jam jadi aku akan tunggu ,Insyaallah.






Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH