Ajaibnya Doa

Sebenarnya banyak yang aku nak tulis dalam posting yang lepas tapi takut terlalu panjang jd aku asingkan dan jadi topik ini khusus untuk doa...

Aku cuma nak share perasaan aku kalau aku boleh andaikan yg umur ku sekarang sudah berada di peringkat penghujung hayat dan berapa banyak doa ku yg Maha Pengasih lagi Penyayang telah perkenankan.

Dengan rasa rendah hati aku sedar sepatutnya aku mencintai dan berterima kasih pada Allah swt bukan setelah aku mendapat nikmat tapi pada apa saja yang aku terima.Jadi aku masih tak layak di kategorikan orang yang bersyukur  dari segi bersyukur yag benar2 bersyukur ,aku mungkin  kembali tidak brsyukur apabila nikmat itu ditarik semula.Namun sebagai hamba yg sentiasa lalai seperti setiap kali terjaga dan tersedar aku mengucapkan syukur .

Bagi ku brdoa bukan saja nampak seseorang itu duduk atau berdiri sambil menadah tangan ,berdoa itu bagi pahaman ku memohon ,mengharap walau tak terungkap di bibir hanya di hati tetap satu doa pada Maha Pencipta.Aku sudah mula memohon ketika di bangku sekolah rendah lagi ,sebelum aku baligh.

Ketika seorang budak lagi aku sudah banyak ingin sesuatu terjadi , baik atau buruk seperti membenci lawan yg kerap mengusik ku ;atau ingin sesuatu yg mengembirakan aku.

Sebagai kanak-kanak yang hidup bebas dgn alam semula jadi aku suka berangan ketika bermain.Haiwan seperti ,kucing ,burung  ,belalang ,cengkerik dan semut akan jadi sebahagian dari hidup nyata dan angan-angan . Oleh kerana semua binatang atas darat senang dan dapat di sentuh jadi burunglah menjadi keinginan ku sejak otak kanak2ku  boleh menyimpan memori .Aku sanggup berlari2atas padang sambil mengepak2 tangan ku dan mengutip batu2 kecil dan kumpulkan pada sarang yang aku buat dari ranting2 kayu...indah betul perasaan itu sehingga sekarang dapat aku rasai betapa bebasnya aku terbang.Setiap kali melihat burung terbang dan bertenggek di ranting teringin sungguh hati kecil ku memegangnya,,,,

Semakin besar  keinganan hati ku  berubah dan bertambah ...tapi sungguh apa yang aku inginkan semua dapat aku rasai kemudiannya ...yang membuat aku sendiri seperti percaya sungguh-sungguh walaupun yang terdetik dalam hati sekalipun Allah swt tunaikan sebab Allah swt itu Maha Mendengar.

Jika aku hendak huraikan dan terangkan satu persatu cara teperinci mungkin makan masa yg panjang dan mood aku slalu berubah mungkin aku akan tiba2 tawar hati mahu menyambung atau menulis jd ceritanya akan terbengkalaijadi cukuplah kalau aku senarai sebahagian yg masih aku ingat apa yg hati ku selalu terdetik untuk aku lihatkan keajaiban Tuhan yang aku sanjung .

- Umur ku 6 tahun aku mahu sangt memegang burung ,ketika umur 11 tahun ketika bapa pencen dan pulang kampung ,abang bawa pulang anak  burung mala kerbau dan membelanya kemudian jadi jinak akan mengikut orang dan bertenggek atas bahu .Aku boleh pegang bila2 masa aku mahu.

_ Umur 12 tahun ketika di kampung kereta kurang dan setiap kali melihat orang memandu kereta aku tertanya-tanya bagaimana orang tu boleh menggerak dan pandukan kereta tu  susah ke ? Umur 24 baru belajar memandu ,terketar2 bila dapat lesen baru terfikir dengan cara training nothing is impossible jadi yakin org perempuan pun boleh bawa kapal terbang kalau mereka belajar.

Seterusnya dari masa kesemasa akan selalu terdetik keinganan hati yang tak pernah terungkap pada sesiapa walaupun pada suami tercinta seperti brcakap dalam hati sambil melihat orang itu di depanku  'apa rasanya jadi isteri manager ?' ,'apa rasanya jadi isteri GM?' apa rasanya jadi jutawan?' .'bagaimana rasanya dapat  anak belajar di luar negara?' ,semua ini secara tak langsung aku bertanya sekadar ingin tahu dan ingin rasa apa yang orang itu rasa.

Sekarang walau yg aku catat di atas kebanyakan sudah aku rasai termasuk bagaimana hati pada suatu ketika dulu terdetik mahu rasa bagaimana perasaan dimadu kerana juga melihat orang lain..dan sekarang aku ingin catitkan keinginan rasa hati ku yang baru dan  belum lagi berlaku namun aku yakin Allah swt telah mendengar ...

Pertama - aku ingin business anak ku berkembang dan dia jadi jutawan ,kedua - ingin buat umrah  satu keluarga sebelum meninggal , ingin menjadi ahli surau brsama2 suami ,ingin mengikut sukarelawan islam keluar negara ,ingin mati beriman.

Aku tahu bagi semua orang sesuatu yng mustahil dengan hanya ingin merasa kita dapat rasa, tetap aku yakin kerana takut apa niat jahatku juga menjadi doa jadi aku bermohon pada Allah swt bila terdetik dalam hatiku yang baik2 biar ia menjadi doaku pada Mu tapi jika ia jahat jauhaaialah yg Allah kerana itu adalah syaithan yg menghasutku....Amiin.



Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH