Kembara London dan Paris bahagian akhir

Ada 3 minggu persediaan .Dalam satu blog nasihat supaya jgn bawa banyak baju , bawa baju yg perlu saja yang boleh mix n match(ini penting sebab kita banyak menggunakan train ,naik teksi bila perlu sebb selalu teksi pakai meter pun paling murah pernah bayar 20pound atau seratus ringgit , 60 pound paling akhir bila hendak ke airport sebb beg banyak .

Satu blog lagi  suruh bawa bekalan  makanan seperti maggie cup, beras ,biskut , kuah segera Brahims ,kicap ,sos dll juga periuk nasi dan flask air untuk isi kopi sbb cuaca di sana sejuk kopi mahal.Aku tak fikir pasal duit yg penting badan aku boleh sentiasa panas,tapi flask sampai akhir tak guna pun .Di sana bila kita berjalan kita akan berjalan sangat laju dari biasa jadi badan maintain panas ,tapi kita perlu bawa air mineral sebab tekak akan kering kita sentiasa haus.Dan botol air mineral tu jangan buang sebb bila nak ke toilet boleh guna buat  cuci najis ,semua toilet di sana hanya ada tisu paper tapi tak disediakan kepala paip dan paip getah  untuk menyuci hadas kecil atau besar.

Waktu jam kena tukar ,satu ikut yg sana satu waktu Malaysia jadi dapat tahu kenapa kita tibe2 berat mata sebab jet lag.Print waktu sholat ,cuba cari ruang untuk sholat .Kalau kita keluar pukul 12tghr boleh jamak awal ,kalau keluar pagi balik malam ,ini yg selalu miss zohor dan asar balik kena khadho. 

Paling beruntung siapa yang ada orang yang tinggal di London boleh jadi tour guide memang tak buang masa langsung ,tak termanggu2 nak tanya orang ,ada masanya keretapi terlambat atau keretapi guna rail sama tetapi menuju ketempat lain ,semua tu kena tahu .Kalau yang jenis tak kisah bedal je kemana pun tak apa ,adventure jugakan. Nasib kami baik sebab kawan anak yg sama2 menuntut di MMU cyber ada  di London tinggal bersama keluarga angkatnya menghabiskan cuti.

Di London banyak kedai makanan halal jadi tak perlu masak kecuali kalau benar2 nak safe duit. Satu perkara lagi di sebabkan sejuk dan banyak berjalan perut akan sentiasa lapar jadi digalakkan juga spare biskut ke roti ke dalam hand bag. Teringat kakak ipar yg  bawa kek London Roll dalam hand bag dia semasa ke Bangkok sebab dia ada gastrik dan Kak Normah yg sentiasa ada gula2 perasa buah dalam beg tangan dia sebab dia ada kencing manis ,tapi kalau ke UK musim sejuk memang harus ada makanan untuk alas perut kecuali mereka yg memang sudah tahu jalan nak cari kedai makan Halal. .Maggie Cup memang wajib bawa, bila balik penginapan biar waktu pagi atau malam perut akan lapar .

Tentang pakaian untuk musim sejuk, aku bawa dua pasang thermal wear satu tengkuk luas dan satu tengkuk turtle , baju kait benang bulu 3 helai seluar jeans sehelai (sangant membantu) , winter jaket 2 helai satu jenis wool satu yang macam plastik tu .Aku bawa sehelai maxi guna untuk sholat.Orang kata waktu sejuk tak berpeluh sebenarnya berpeluh juga bila kita masuk dalam building akan rasa panas,boleh berpeluh. Baju thermal jenama uniqlo memang nipis mudah cuci kat ketiak,pakai je sabun yg hotel bagi kemudian letak kat heater .cepat je kering dan bau wangi.

Akhir sekali bila dah berpeluang ke luar negara tu bawalah duit lebih sikit atau sediakan je credit card ,kalau tak tentu tak enjoy asyik dok kira baki duit dalam tangan .setiap kali kita bergerak yg pakai tiket train pun sekejap2 kami top up 10 pound sorang macam top up digi prepaid je rasanya tapi duit kita murah duit mereka mahal itu yg kalau ongkos kurang boleh tersangkut je mana2....kalau dah pasang niat nak shopping tu bawa je beg lebih yg boleh lipat2 tu dan juga kunci mangga lebih .

Oh ya satu lagi yg dapat membantu saya ketika melancung ke sana ialah senaman yang saya lakukan setiap hari di rumah. Saya pun tak sangka ada stamina yang cukup untuk berjalan berkilo-kilo meter jauhnya ,naik turun tangga ,lintas jalan dan lain2. Dan Alhamdulillah tak kena winter flu sebb saya berhati2 menutup hidung saya dengan scarf setiap kali keluar, anak saya demam ,suami saya berhingus dan batuk.Jangan lupa bawa ubat yg asas macam ubat demam ,batuk dan selsema.

Dari London ke Paris naik keretapi laju  Eurostar dlam 3 jam perjalanan. Dalam keretapi ni boleh bawa makanan dan minuman walau ada kantin ,semasa kat immigresen pun dia orang tak kisah kita bawa makanan.  Nak masuk Singapore saya tak tahu boleh bawa makanan atau tidak  ,lepas ke tidak saya tak tahu....Sekian selamat bercuti ...
                                       Periuk nasi yang tak pakai ,akhirnya tinggal dekat apartment mewah yang kami tumpang sebagai kenang2an. Kami bertuah sebab dapat tinggal 5 malam secara percuma di apartment kepunyaan keluarga kawan anak .

Duit syiling perlu sebb ada tandas yg berbayar ,nak yang tak berbayar kena singgah restoran order minuman ke atau makanan ke baru boleh guna toilet free.




Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH