Perkahwinan

SEmalam aku,abah and some of my anaks menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada Sabirin ,kekasih Filzah, kawan anak perempuanku, Nodee. Lepas makan ,tenguk pelamin(wajib)* ,tenguk pengantin (Sunat)*Kami pun chao sebab masa tu ramai lagi tetamu yang baru sampai dan dua dewan yg di sediakan macam tak berapa nak cukup.Kerana paham suruhan Rasul memberi ruang untuk tetamu pada majlis adalah penting maka kami pun bersalaman dengan tuan majlis dan terus ke Cyber Jaya jumpa Ayum, bawa dia pergi Alamanda dan jamu selera kat tempat adik belanja dulu iaitu Black Canyon -masakan Thailand yang Amat dan Ayum puji sedap.Harga makanan di sini boleh tahan tetapi harga minumannya agak mahal..ada yang melebihi harga makanan. Tetapi rasanya amat berbaloi!

Melalui U tube aku ada tenguk perkahwinan orang Cina dan hati kecil aku berkata ,"ia lebih BAGUS dari adat orang Melayu!".Simple ,mereka tak perlu decorate rumah sebab tetamu yang datang tak pandang pun itu semua kecuali nak raikan hari bahagia pengantin.Kalau adat Melayu,siaple kalau kau tak decorate rumah, depa kata kamu kolot ,comot , kotoq dan macam2.

Mula2 pengantin laki-laki akan datang ke rumah pengantin perempuan dan sebelum dapat berjumpa dia di sekat (sesi interview kut) dekat muka pintu sampai sanak saudara sebelah permpuan puas hati baru lah dia boleh tenguk si idaman hati. Kemudian sesi minum teh. Sesi ini yang aku suka tenguk bila kedua ibu bapa duduk atas bangku dan anak yang melutut (tanda hurmat) sambil menghulurkan teh.Bukankah dalam Islam anak diwajibkan menghurmati kedua ibunya?

Pada pendapatku Adat Melayu pula terlalu berbeda bila anak di letakkan di tempat paling tinggi dan kedua ibu bapa pula yg duduk menyembahnya sebagai raja sehari..Bila akad nikah pun di lapik dengan tilam depan Pak Imam sedangkan Pak Imam itulah yang perlu kamu raikan karana tuanya dia dan dalamnya ilmu...Salahkah kalau punggong pengantin tak di lapik dengan bantal ,kotorke lantai masjid tu...tetapi kerana adat yang itulah nampak betul...namanya juga Raja Sehari.


Secara perlahan aku rasa sudah menular kesedaran pada orang2 tertentu yang tidak lagi mengamalkan tepung tawar dan lain2 kerana tahu ia terpesung dari ajaran Islam.

Satu lagi yang aku hairan ialah sireh junjung.Apakah ia adat dari Hindu Bali kerana mereka akan menjunjung bakul yang berisi buah2,bunga dan daun2 ke kuil untuk sembahyang atau orang budha macam di Bangkok ,juga menggunakan daun2 sireh ,pisang dan bunga yang lipat dan di susun seperti sireh junjung..apakah ini hanya kebetulan? kalau nak difikirkan dengan otak ,entah kenapa orang Melayu taksub sangat dengan sireh junjung tu sampai ada yang sanggup mengatakan tanpa sireh junjung itu boleh bawa petaka ?

Setakat ini dulu,insyaalah kalau ada idea baru sambung lagi.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH