Berarak

Berarak -dari perkataan arak. Ada dua makna ,arak - haram(nama) dan arak halal (perbuatan) ,pun jangan salah paham sebab nama tak boleh dihukum haram tetapi perbuatan ,boleh seperti minum arak.

Susah betul lah tinggal kat Malaysia ni. Perkara2 kecik pun jadi masaalah negara. Ada ke patut nak berarak sambut Hari Kelahiran Nabi Muhamad SAW pun nak bertekak . Ikut je le apa yang patut. Boleh buat,buat ,tak boleh sudah.Maksud aku kalau dah ramai sanggup ambil bahagian nak berarak atau sokong aktiviti tu buat lah dan kalau dah ramai tak mahu dan setuju ngan aktiviti yang lain maka buat je apa yang di setujui.Ikut je majoriti kata penduduk setempat dengan mesyuarah...ni asyik dok dengar orang luar kiata..susah le.

Aku nak tanya kalau berarak tak der kebaikan ke...tentu ada .Pertama SIHAT sebab senaman jalan kaki beramai2 dan tak boring. Kedua boleh berkumpul untuk mengiratkan siratul rahim dan tanda muafakat.Ketiga boleh tunjuk kat bangsa asing hari kebesaran umat orang Islam ,jangan nanti anak2 kita join tenguk perarakan orang China dan India jer tapi orang kita tak der apa2 nak di tenguk dan di kagumkan.

Selagi benda tu tak jatuh haram ,ianya berjuta kali lebih baik dari jom hebuh dan apa2 hebuh lagi yang ada di Malaysia...so ustaz2 ...tolonglah saya merayu...berilah green light seterang2 nya untuk perarakan mauludul rasul ni.

Memang lah saya tak nafikan ada unsur2 negatif yang lain...yang saya tak nampak apapun waktu saya dibangku sekolah dulu..masa tu lah boleh nampak bayang budak2 laki berpakaian baju melayu yang segak ..ada juga yang ambik peluang berbalas2 senyuman ...tapi masih ok apa dapat berkenalan ketika sama2 menyambut mauludurrasul dari jumpa kat cyber cafe.

Teringat zaman sekolah ,meriah betul sambutan mauludurrasul ,selain peraduan sepanduk dan perarakan antara sekolah2 , ada juga peraduan nasyid dan mengaji al quran. Begitu juga dengan ceramah jemputan yg di selang seli dengan nashid2 yang merdu seperti sepohon ranting dan selimut putih...yg pernah kena banned sekejap.

Apapun acara yang diadakan sempena mauludur rasul terpulang pada niat kita ..ia hanya simbolik iaitu memperingati satu tarikh yang penting..lagi ramai anak2 kita tahu dan mengingatinya lebih bagus.Tak payahlah kata membazir le ...menyelewengla , panas le , menyusahkan orang ramai le , mendatangkan fitnah le ...tok sah cakap,cakap je macam ni, ada program lain yang lebih bagus .

Huish memalukan umat islam je sebab tak bersatu!!

Comments

Anonymous said…
berarak tue mmg x salah pun, masalah nya kalu baca media perdana kita mmg la nmpk mcm sebelah pihak tue buat masalah.... hahaha

cuba baca pandangan dari laman web dr asri n ustaz zaharuddin... mungkin mama akan lebih paham konsepnya dan juga sejarahnya...
NoraHash said…
Semua gara-gara politik yg suka menonjolkan diri..kalau tak dipolitikkan tentu akan nampak lebih manis..mungkin zaman waktu Rasul junjungan kita tak de berarak tu sebab dia belum wafat ,tapi sekarang hanya hendak menjadikan satu simbolik memperingati sejarah ketika orang2 Islam berarak masuk ke mekah alangkah bagusnya kalau dapat kita tanamkan sifat mengingati sejarah....

Popular posts from this blog

BERSALAH