Tunggu Hidayah untuk Bertaubat?

Kalau baca blog ustaz dalam fav link saya pasal e mel yang di terima dari pembuat-pembuat dosa maka macam ustaz tu kata inilah dunia yang kita tinggal sekarang. Banyak yang bertanya ustaz tentang bagaimana mahu meninggalkan perbuatan dosa mereka kerana rata-rata mengatakan kononnya telah mencuba .Akhirnya mereka tidak menyalahkan perbuatan mereka tetapi meyalahkan diri mereka kononnya lemah melawan nafsu.

Ini pendapat ku,
Beza pembuat dosa dengan tidak hanya satu iaitu perasaan takut pada azab Tuhan . Perasaan TAKUT sedia ada pada setiap manusia. Takut kena buang kerja ,takut kemalangan,takut mati ,takut ditipu dan lain2 ketakutan.Kita mesti terlebih dahulu menjiwai rasa takut baru boleh terkesan pada perbuatan kita.Kekesalan yang datang sebelum datang tindakan susulan lebih bermakna .Jangan dah terantuk baru nak terngadah.Contohnya pencuri yang mahu mencuri mungkin tidak jadi meneruskan niat mencurinya kerana dalam jiwa sudah ada perasaan takut di tangkap polis.Kekesalan mencuri kerana tahu perbuatan itu salah lebih bermakna dari kekesalan susudah tertangkap dan masuk lokap.

Ada orang malas sholat bertanya...saya mahu dapat hidayah macam Malek Nor. Saya terfikir siapa yang tidak mahu hidayah kerana hidayah adalah petanda langsung kasih Allah SWT ...tunggulah hidayah sedangkan dalam kealfaan hidayah berlalu.

Sholat itu mudah namun jadi sukar kerana terbiasa .Sholat menjadi mudah dilaksanakan semudah di tinggalkan.Mula-mula melakukan sholat amat sukar melengkapkan 5 waktu. Tertinggal waku kerana malas atau sambil lewa.Phasa ini kita perlukan kawan atau famili menegur dan memaksa atau kemahuan hati yang kuat. Proses qadho. Bila berjaya melengkapkan 5 waktu maka jika tertinggal barang satu waktu kita rasa ralat dan rugi. Kita mula elak dari meninggalkan waktu sholat.Ketika ini kita sudah menanti-nanti masuknya waktu sholat samada dengan melihat jam atau menunggu azan sembahyang.Sekiranya sudah lengkap sholat jangan sekali2 meninggalkannya ...ia seperti ikatan tali ..mudah terputus yang mungkin boleh di sambung atau terus terlerai.....Sekian mudah2an kita sama2 mendapat hidayah.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH