Hutang dan Simpanan

Masa dekat sekolah menengah lagi ustaz dah ajar bab riba...jenuh juga dia nak huraikan perbedaan riba dengan untung .Kata ustaz bagi pinjam 100 minta dibayar lebih dari 100 ,itu riba. Simpan duit dalam bank kemudian hujung tahun dapat orang dulu2 panggil bunga..itu juga salah ,maka ramailah orang2 Melayu dalam tahun 70han dan 80han tak berani pergi bank simpan duit kerana takut termakan riba.

Dalam konteks di atas ada pemberi pinjaman dan peminjam .Sebagai peminjam kita mungkin tidak tersenarai sebagai pemakan riba..tetapi orang yang menjadi mangsa riba.Bagaimana dengan orang yang mahu menyimpannya pula?Kenapa Bank memberi imbuhan sebagai sagu hati bila menyimpan di dalamnya ,bab ini dulu orang kita tak tahu yang duit kita tu dah dipakainya untuk menjalankan business transactions.Bank satu badan kewangan/perniagaan yang punya sejumlah pekerja untuk mengurus wang keluar masuk.Mereka diupah atas kerja yang mereka lakukan.Service charge di kenakan begitu juga faedah atas loan..dan dari wang itu gaji dibayar dan untung dikaut,dan pembaharuan teknologi di buat....apakah bank tidak boleh mengalami kerugian langsung...boleh ,jika cara pengurusannya tidak sofisticated.Persaingan.

Bagaimana pula kalau kita mengambil pinjaman ke dua dan gunakan duit pinjaman pertama yg ada untuk membayar pinjaman kedua dan tujuan pinjaman ke dua untuk beli unit trust yang akan mendatangkan keuntungan kita pada hujung tahun dengan tujuan membayar pinjaman pertama dimana pinjaman pertama adalah keperluan untuk kita meneruskan pengajian.Sekiranya kita yakin tidak berlaku penipuan dan penindasan antara kedua-dua pihak yang telah persetujui dengan ikhlas dan tahu bahawa dividen dan bonus boleh berubah2 ikut keadaan ekonomi ,apakah hukumnya tetap sama.

Sebenarnya kat Malaysia ni, rakyatnya memang digalakkan meminjam dan berbelanja ....macam kata sorang kawan tu ,kalau tak berhutang macamana nak miliki harta..kita bukannya banyak wang.Dalam Islam pun tak menggalakkan kita meminjam, tangan di atas itu lebih baik dari yang di bawah. Kalau kita ada cash tak payah beli rumah ,kete ,tanah secara hutang sebab itu semua melibatkan faedah yang tinggi atau ada anasir2 riba...tetapi selagi tak mampu kumpul cash sebanyak itu...fikirlah bagaimana nak mengurangkan beban yang sedia ada.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH