Bulan yang parah.

Bulan ni paling banyak pakai duit. Kasihan suami yang mula mengeluh . Baru2ni bayar duit yuran anak yang keempat Rm 4ribu, kemudian anak yang no dua pula yang baru berlepas ke NZ semalam, mula2 bagi sebanyak Rm 2 ribu kemudian nasib tak baik ,kena pukau habis seribu dua ratus ,jadi suami terpaksa ganti semula seribu ringgit untuk belanjanya ,walaupun dah bawa bekalan makanan seperti maggie, bubur nasi dan sop cendawan segera tetapi masih perlu juga duit poket .Dan sekejap tadi baharu saje pulang dari melawat anak yang no lima, beli kasut dan bekalan makanan untuk panjat Gunung Kinabalu ketika cuti sekolah nanti ,kemudian bawa pergi klinik kerana selsema dan sesak nafas. Lepas tu minta lagi duit poket nya.Habis juga lima ratus. Aduh kasihan suami.....nak jalan ke Teluk Intan pun tergendala hari ini.Kasihan betul , minggu depan ada meeting lagi.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH