HELP ME

Kebelakangan ini aku ribut berfikir ,dalam jangka 4 tahun lagi apa yang hendak aku buat. I have a lot of plans but as usual i dont have much money cos i am not working.

My 3 children will finish their studies in 2011 and another one will finish end of 2012 i guess just before their father's retirement in 2013.And i have another son the fith one who will finish SPM in 2010.

Dalam tahun 2013 juga , Insyaallah mahu tunaikan rukun Islam ke lima. Selain itu kena bersiap sedia untuk menerima menantu (memang sudah wajar).

Yang sedang bermain di dalam kepala ku ialah berniaga dari rumah. Berniaga dari rumah ada kebaikan dan kelmahannya. Kebaikanya aku tidak perlu mengeluar duit sewa, mudah mengurus dan tidak perlu keluar pagi balik petang atau malam.

Tetapi aku harus ingat kedai ku terlalu sukar untuk dilihat orang ramai kecuali orang2 yang berjiran sahaja. Jadi aku kena pandai mengiklankan kedaiku kepada umum.

Kedua aku sedang berfikir produk ku, samada yang boleh dijual hari2 atau hanya pada hari2 tertentu sahaja.

Kalau aku mahu menjualnya secara hari2 ,kedai makanan dan minuman adalah contoh terbaik. Tetapi masalahnya aku perlu ramai bantuan dalam hal ini. Aku tidak mampu bekejar ke pasar kemudian pulang untuk menyiap bahan2 yang diperlukan kemudian memasak kemudian melayan tetamu kemudian menjadi cashier dan kemudian jadi pencuci pinggan dan juga menyapu dan membersih lantai....jawabnya aku akan mati berdiri!

Mahu atau tidak aku terpaksa mencari sesuatu yang lebih mudah dan berharap ia akan berjaya. Untuk langkah pertama aku telah buka satu blog baru untuk mudahkan aku tunjukkan produk aku nanti. Langkah kedua aku akan mendaftar kedai ku dengan satu nama yang mudah dan senang di tangkap oleh minda.Dan langkah yang akhir ialah masa yang sesuai dan modal yang cukup.Itu saja buat masa ini. Click here http://lamadanbaru.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH