MARI BANDING HARGA

Nak expose sikit cara kita berbelanja ,kalau silap pilih tempat untuk makan atau minum ,bukan saja poket kita rabak tapi kita tak habis-habis memekak macamlah kita akan jatuh papa kedana esuknya .Sebab tu nak kena hati-hati tak mau jadi kaki memekak.Sebenarnya bukan pasal kita tapi harap-harap kedai tu la yang gulung tikar. Nak tahu apa yang saya bebelkan ,tenguk je dua bil yang bertarikh sama.Menjamu orang yang sama.Harga pun lebih kurang sama. Bezanya, bill pertama ordernya hanya minuman untuk 5 orang dan sepiring bawang goreng yang boleh kita congak berapa ketul dengan tak payah tenguk .Minuman hari itu ialah ,water melon jus lemau, carrot juice lemau, dua fresh lemon dan entah tak ingat lagi satu minuman apa..tapi juice buah2an juga.

Harga seperti tertera di atas ,service macam tahi kuching..ada ke patut semahal itu air dihidangkan dalam recycle plastic glass.(yang aku rasa dia akn basuh dan pakai balik sebab nak save cost atau tak mahu banyakkan sampah) Dah le rasa tak fresh , cuba bayangkan carrot susu sampai tak de rasa susu dan kemudian rasa macam kulit carrot yang dah seminggu terperap dalam peti ais.Begitu juga air watermelon yang tersangat lah cair .Oii !kami ke yang kena tanggung semua harga kapital kamu tu.Kalau macam tu lebih baik letak iklan ,harga duduk 30 min- RM10 ke ,tak le rasa tertipu sangat.



Bandingkan dengan bil di atas pula dan tenguk apa yang kami minum dan makan.BERBALOI kan?.Tempatnya juga selesa ada pilihan berhawa dingin atau udara biasa. Servicenya juga laju walaupun hari tu budak tu macam tak de pengalaman nak suruh kami repeat apa yang kami order..jadi dia bawa terlebih something .Tetapi Tenguk! masih BERBALOI kan????

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH