Personal Message/ personal views

Orang yang di maksud kan dalam link di bawah ialah AKU.

http://mardhee.multiply.com/journal/item/190/Personal_msg

mardhee
mardhee wrote on Apr 14
stanza,

Gejala sosial dan politik saling berkaitan, kawan kita ini aku rasa seorang yang percaya kepada teori konspirasi nak jakikan orang Melayu sebab dalam Quran pun ada sebut, Yahudi dan Nasrani ini tidak akan redha kalu kita tak ikut cara mereka.

Aku pula fikir, memanglah lifestyle the rich and femes dan orang non-muslim dia berpeluk bercium, clubbing itu sebahagian dari gaya hidup mereka, tanda kasih sayang. Cuma anak-anak Melayu, yang innocent yang mau kelihatan uptodate, "la fame la chic" mau diterima senang terjebak dengan gejala yang menyimpang dari tatasusila orang Melayu. Sedangkan orang the rich & fames pula kalau boleh mau tinggalkan clubing, mau serba sederhana, tenang, teratur beradab lagi bersopan santun.

Kesimpulannya dah bini pembesar kita sendiri, tak tau malu lebih bollywood dari artis bollywood, anak-anak mereka clubbing sakan, macam mana kita nak kata politik tidak ada kena mengena dengan masalah sosial yang melanda umat hari ini? Dulu ada nampak Siti Hasmah berpeluk cium dengan artis lelaki? Pendek kata, POLITIK saling berkaitan fikrah dan akhlak. Kalau pemimpin rosak akhlaknya, rosaklah akhlak umat. Oleh itu walau pada mulanya aku rasa kawan aku ini meracau, mengarut-ngarut, tapi setelah lama kami berkomunikasi aku berpendapat kebimbangan kawanku sangat berasas dan patut diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Jangan fikir senang masa kini, tanpa memikirkan masa depan anak-anak kita.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
PANDANGAN:
Petang tadi kami (aku, suami dan anak) pergi ke Batu Bahat untuk mengambil MyV ....sementara suami menaiki nya dengan David Si Salesman...aku dan anak menunggu di bangku yang terletak dalam Carrefourre (?) , macamana ejaaannya huh? Dan ketika duduk2 melopong tulah datang seorang laki2 Melayu umur linkungan 30han datang memberi salam dan minta duduk di sebelah. Sambil minta izin untuk bertanya pendapat....

Dia dari Takaful ,soalannya mudah sahaja apa pendapat kami dengan insuran hayat/nyawa. Kami dua2 sepakat mengatakan ikut hukum dah pernah di jatuhkan berdosa atau haram. Saya siap bagi pandangan lebih elok di namakan insuran kemalangan atau kecederaan.Kalau insuran nyawa orang malas nak beli kerana dia terpaksa mati dahulu baru dapat insuran.

Oleh kerana dia sekadar nak dengar pendapat so macam2 pendapatlah yang aku beri...Akhirnya rumusan ku memang wajar setiap orang menyedari akan pentingnya mempunyai insuran...tetapi setakat ini tidak ada insuran yang benar2 ikhlas mahu membantu orang yg memerlukan .

Contohnya...orang tua lah yang amat memerlukan rawatan doktor kerana mereka tidak lagi kuat dan tambah malang mereka tidak lagi mampu mencari rezki..tetapi orang2 ini lah yang enggan di terima oleh penjual insuran begitu juga dengan orang yang berpenyakit. Kalau ada pun harga polisi insuran menjadi terlalu tinggi.

Dan kataku lagi sebagai pengguna atau pembeli kami mahu yang terbagus...rata2 salesman akan berjanji manis sebelum dapat menjual kemudian setelah berjaya menjual janji hanya tinggal janji dan ini akan menjauhkan pembeli dari penjual.Lebih banyak rangkaian klinik2 pakar dengan Takaful lebih bagus.

Akhirnya sebagai penutup aku memberitahunya yang aku tidak bekerja tetapi jawabnya dia berpuas hati kerana pendapat ku sangat bernas dan dia akan cuba ketengah kan untuk membaiki lagi kekurangan yang ada.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH