KAMPUNGKU

Kg Raja Bashah terletak di Kuala Kurau ,Perak iaitu berhampiran dengan Sungai Kurau yang air sungainya akan mengalir ke Laut Selat Melaka..Dahulu ia adalah sebuah kampung nelayan yang hanya mempunyai beberapa buah rumah yang diperbuat dari dinding papan dan atapnya dari daun nipah.Kebanyakan nelayan menggunakan dayung dan menaiki sampan kecil untuk mencari tangkapan di sekitar kawasan sungai manakala bot yang agak besar di gunakan dengan memakai kuasa enjin kipas bagi nelayan yang akan ke laut.

Sewaktu umur aku 8 tahun bapaku pulang dan tinggal di kampung.Satu dunia yang agak berbeza dari sebelumnya .Dulu bapa tinggal di berek askar di Port Dickson.Sebagai askar yang berpangkat Sarjan tentulah berek tempat kami tinggal agak selesa .Kami hanya bermain dikawasan berek yang mempunyai 3 unit rumah.Oleh kerana jiran2 kami jarang membenarkan anak mereka keluar bermain aku hanya berkawan dan bermain antara adik beradik aku saja.

Di kampung inilah aku membesar menjadi budak perempuan yang lasak dan degil....mana tidaknya aku bekas anak askar dan kawan2 ku pula anak2 nelayan...kami bermain,bergaduh kemudian baik semula.Dulu kampung ini tak sebersih sekarang...tanah nya becak setiap kali air pasang....dari rumah kerumah yang lain akan di hubungkan dengan titi yang diperbuat dari sekeping papan yang panjang dan di sambung oleh tuan rumah yang mahu titi itu sampai ke pintu rumahnya.

Waktu itu kebanyakan rumah tidak mempunyai elektrik kerana ketidak mampuan membayar kos pemasangan jadi kebanyakan rumah akan mempunyai pelita minyak tanah atau jika berduit sedikit akan membeli pelita gasolin.Pada waktu itu juga hanya ada sebatang paip air yang di pasang berdekatan surau untuk kegunaan penduduk kampung.
Aku dan adik beradik ku agak bertuah kerana kami tak perlu menadah air dalam tin minyak tanah dan mengandar atau mengangkut ke rumah untuk diisi dalam tempayan untuk kegunaan harian.Bapa telah membeli paip getah yang panjang dan juga sebuah tempayan yang besar untuk ditadah hingga penuh...dulu tempayan itu sama tinggi dengan aku tapi sekarang rupa2nya hanya separas pinggang aku saja.

Kampung ku dulu terlalu istimewa apabila air pasang ia akan naik hingga ke bawah rumahku...sebab itu kebanyakan rumah di kampung itu dulunya bertiang dan bertangga.Setiap kali air pasanga aku akan turun meranduk dalam air masin itu untuk mencari belangkas...belangkas jantan agak kecil dan akan melekat di belakang badan belangkas betina yang sentiasa mempunyai telur dalam kulitnya.Belangkas2 yang dapat aku tangkap akan di bakar dan di makan telurnya tapi ada juga yang menjadi umpan tangkul untuk menangkap ketam hijau atau ketam nipah.
Semasa air pasang begini ramai budak2 kampung akan menangkul ketam atau menjala udang galah untuk mendapat wang saku begitu juga mencari belangkas untuk di jadikan umpan ketam.Ada satu lagi jenis binatang yang seakan2 cacing tetapi badannya leper yang di panggil umpun2 akan berenang dan akan di tangkap oleh kami untuk di buat umpan kail menangkap ikan...Aku masih ingat arwah nenek perempuanku yang suka memancing ikan sembilang ,dia akan mengayuh sampannya ke tengah sungai dan menunggu kailnya di makan ikan di tengah2 perit mentari sambil memakai terendaknya.
Apabila air surut kanak2 di kampung tu termasuk aku masih tidak dapat bermain sebab tanah disitu masih lecak...Tapi aku masih ada hobi lain....tanah2 yang lembut itu kemudian akan mengundang ketam2 kecil yang bewarna merah..kalau tak salah aku yang mempunyai satu sepit besar adalah jantan dan yang betina mempunyai sepasang sepit yang kecil...kerja aku ialah mengorek ketam merah yang mempunyai sepit paling besar dan megisinya dalam balang.....Bila aku dah puas main aku akan lepaskan nya semula..untuk menangkap ketam ini kita kena cdepat sebelum dia masuk jauh kedalam lubangnya.

Untuk tanah kering secukupnya mengambil masa berhari2...apabila tanah cukup kering...itu lah masa yang paling best ....masa untuk main *Tok Belah* atau *galah panjang* bila jemu tukar pula main *police and thief* sampai koyak rabak baju kena tarik.Selain permainan ni ada juga musim bermain layang-layang,guli,getah dan buah gorah yang kami kutip bila di hanyutkan ketepi sungai.(Aku selalu kena rotan oleh bapa kerana kegilaan mencari buah ini sehingga kebelakang2 kampung)

Sekarang dunia dah berubah..kanak2 lebih suka tenguk TV dan main Komputer.Tanah di tambak dengan berlori2 tanah merah...rumah tak lagi pakai titi tapi sudah ada jalan.Ayam dan itik tidak lagi di bela kerana takut rumah kotor atau jiran marah..Dan aku sangat rindukan zaman itu .Zaman ketika Hari Raya hampir tiba kami akan sibuk buat panjut dari buluh dan pasang lampu minyak tanah.Zaman ketika orang bertukar alu menumbuk gula dalam lesung untuk membuat kuih....zaman dimana sebuah masyarakat terlalu rapat....

Comments

Anonymous said…
Rumah tu rumah nko ke Ani? Lain bno dari ingatan aku masa G sana sekitar tahun 1978-1979(?). Citer psl abg nko tu...yg mana satu yer yg nko ckp 'menanya' psl aku tu?..
Cenah
Anonymous said…
Rumah tu rumah nko ke Ani? Lain bno dari ingatan aku masa G sana sekitar tahun 1978-1979(?). Citer psl abg nko tu...yg mana satu yer yg nko ckp 'menanya' psl aku tu?..
C....
Unknown said…
Rumah tu rumah nko ke Ani? Lain bno dari ingatan aku masa G sana sekitar tahun 1978-1979(?). Citer2 psl abg nko tu...yg mana satu yer yg nko ckp 'menanya' psl aku tu?..
Unknown said…
Rumah tu rumah nko ke Ani? Lain bno dari ingatan aku masa G sana sekitar tahun 1978-1979(?). Citer2 psl abg nko tu...yg mana satu yer yg nko ckp 'menanya' psl aku tu?..

Popular posts from this blog

BERSALAH