'malang tidak berbau' yang bau....


Anak keempat saya laki2 bernama Muhd Qayyum...asalnya saya ingin menamakan dia Abdul Qayyum tetapi Ibu mertua dan kakak ipar komen nama tu tak berapa sedap lalu Abdul ditukar kepada Muhammad.Di lahirkan pada 18.6.1990 di Hospital Daerah Tapah yang terkenal dengan hospital orang asli.....

Sekarang giliran dia hendak belajar memandu....Mula2 seperti anak2 yang lain dia akan berani2kan diri curi2 memandu kereta abahnya.Dia mulakan dengan keluarkan kereta abahnya dari tempat parking secara reverse. Bila dah paham sikit mulalah ajak ke satu tempat lapang untuk memandu secara lebih teratur.

Biasanya tempat yang menjadi lokasi paling baik ialah di stadium dan waktunya mestilah waktu orang lain sudah pergi bekerja, dan saya juga tidak boleh pilih waktu cuti kerana waktu ini ramai orang kesana untuk berjoging atau mengadakan aktiviti2 sukan.

oleh kerana kereta dikendalikan seacara otomatik,tentulah si pemandu dapat memandu dengan mudah.peluang seperti ini memang ditunggu oleh anak saya,Qayum.seperti biasa bila pulang kerumah dia akan minta saya hantar ke stadium untuk melepaskan giannya hendak memandu.sehinggaalah satu hari itu ketika dia dan adiknya hendak pulang keasrama,
saya telah benarkan dia memandu dengan syarat saya akan memandu semula bila menghampiri bandar.

Hari masih awal jadi jalan agak gelap ketika dia memandu.Walaupun saya rasa sedikit cemas,.saya terpaksa berpura2 tenang ketika duduk di sebelahnya.
Bila hampir sampai ke pinggir pekan saya suruh dia berhenti di sisi jalan.bila saya keluar untuk menukar tempat duduk dengannya tiba2 kereta kami bergerak hendak menuju ke longkang besar...rupa2nya anak saya tak menarik hand brake manakala gearnya ditarik pada neutral.

Tuhan saja yang tahu betapa paniknya saya...nak di tahan kereta mpv terlalau besar....akhirnya dia berhenti sendiri bila terkandas pada saluran paip besi besar yang memang ada disitu...apa lagi bumper depan kereta tercalarlah dengan teruk..dirumah pula saya terpaksa tanggung leteran bapanya.
sampai sekarang setiap kali lalu ditepi paip yang ada tanda hitam itu saya akan bagitau pada anak2 yang lain itu lah tempat kereta ini terkandas ketika berhentikan kereta tanpa menarik hand brake.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH