GUANGZHOU AND SHENZHEN 25-29 NOVEMBER.

Aku dan Bisan ku

Masjid 
 Shenzhen Eye of the world.



 yuexiu park .
ALHAMDULILLAH...BULAN LEPAS  BISAN WAR-WARKAN MAHU KE CINA... KALAU IKUT KAN HATI NAK KE HANOI SEBAB DALAM TRIPADVISOR CALUNKAN HANOI SEBAGAI SALAH SATU DISTINASI MENARIK ,,TAPI BISAN  MAHU KE GUANGZHOU SEBAB ADA orang YG BOLEH DIHARAP BERADA DI SANA.

MAKA seperti biasa bermulalah ajenda kami dari A ke Z seperti minta izin suami ,kemudian tanya siapa yg boleh join..check pas port ,check internet dll,

Padamulanya agak sukar untuk mencari geng yg boleh join ,mungkin faktor perancangan yg terlalu singkat ..walau dalm cuti sekolah tetapi ada guru yg terpaksa bekerja.

Kata bisan berdua pun ok tapi aku agak was2 ,akhirnya dapat juga ajak kak Normah yang baru saja pulang dari Jakarta ,,kerana kasihan walau letihnya belum hilang dia setuju ikut,

Buat visa boleh siap dalam 3 hari harga dlm RM86 tapi kalau nak express yg siap dalm satu hari kosnya RM300. Jadual bekerja org buat visa ni tak macam orang pejabat lain bekerja jadi kena tahu sbelum berurusan.

Sebelum buat visa anak perempuan lah yg sibuk uruskan booking tiket kapal terbang serta kontek org Malaysia kerja di sana yang di perkenalkan oleh jiran bisan sendiri serta booking tempat pengiinapan yang sesuai untuk tiga orang iaitu kami.Ini perlu untuk apply visa.

Kami bertolak lepas subuh dari rumah tapi flight pukul 9 lbih delay hampir 2 jam ..sampai kat air port guangzhou..budak perempuan melayu nama shuhada dah tunggukami..dariairportkehotel Asia agakjauh kalau naik bas harga 2 yuen tapi sbb bag besar kami naikteksi harga 119 yuen. jadi sayasuggest siapa nak jimat naik bas saja..disana tambang bas dekat ke jauh standard 2 yuen kalau teksi ikut meter ..jgn terkejut dalam teksi ada tempat scan duit takut palsu.

Bas mereka rata2 besar dan baru. cuma siapkan duit secukupnya sbb duit baki tidak di kembalikan ..jenis masukkan dlm box. hari pertama sampai kami cuma sempat makan di restoran islam dan berjalan2 di tepi sungai mutiara yg berdekatan dgn hotel..malam memang menarik daritebing sungai dapat lihat beranika bot terang benderang dengan hiasan lampu neon cruising pearl river tu.





Esuk tu  kami ke shenzhen. Masa perjalanan sejam lebih  dan  berada di sana seharian ..jadi dibilik hotel malam tu kak normah dah masak nasi untuk bekal. selain tu kami bawa 4 maggie hot cup, lauk ikan masin masakan kak normah, acar buah ,saya , sambal ikan bilis brahim ,serunding dan air kosong .Satu beg penuh untuk 4 org punya makan dan agak berat . Di sini memang sy suggest bawa bekal makanan sbb tempat makanan muslim susah dapat. Kami naik train ke shenzhen .Dari hotel naik teksi ke railwaystation .tiket keretapi ke sana 79.5 yuen sehala.

Sepanjang perjalanan kami banyak singgah toilet,,rata2 toilet di sini bersih cuma tidak ada paip dalam tandas dan agak berbau sbb tong sampah dlm tandas jenis takbertutup .Setiap kali ke toilet  terpaksa tadah air dalm botol mineral untuk menyuci .






















Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH