Setahun berlalu....


setahun berlalu begitu cepat . Hari ini dah tiga syawal ,kalau tahun lepas aku masih di kota Mekah dalam bersiap sedia melakukan tawaf wida. Terima kasih Allah ,kerana panjangkan umurku setahun lagi. Tahun ini bukan giliran ku melakukan ibadat haji tapi tahun depan. Apa yg bermain dalam minda dan hati ku hanya tuhan saja yang tahu. Kadang2 aku berperang dengan diri ku sendiri . Pernah tak kamu bertanya pada diri kamu kalau Allah swt bagi kami memilih antara mahu mati esuk di mekah atau panjang umur mana yang kamu pilih? Allah telah buktikan pada kamu di sana apa yang kamu hajat insyaallah tercapai,sanggupkah kamu mohon ya Allah matikan aku di sini ketika dalam ihram kerana janji mu memang benar. Jika hati rasa berat untuk tinggalkan dunia bermaksud aku masih sayang kan dunia dan masih rasa takut mati. Aku pernah tertanya2 pada diriku apa ada lagi yang hendak aku tunggu bila semuanya amat jelas dalam perjalanan hidup ku. Kalau dulu aku bimbangkan kebajikan anak2ku yang masih kecil tapi sekarang mereka telah dewasa dan sudah boleh berdikari. Masing2 mempunyai pelajaran yg agak tinggi . Harta insyaallah tak banyak aku tinggal tapi memadai untuk waktu sesak. Bagaimana hendak aku nyatakan di sini ,kadang2 hati aku rasa kosong kerana keinginan ku beribadah tidak aku penuhi dengan sempurna. Ada ruang2 kosong dalam diri ini yang tidak aku penuhi jadi aku rasa sepi sungguh sepi. Baru2 ini anak aku mengingatkan hari jadiku yang aku tak pernah ambil tahu , ya umurku sudah mencecah 53 pada 5 ogos yang lepas tapi aku lebih gembira jika hari kematianku kelak yang selalu dikenang oleh anak2 ku ,bersedekahlah atas namaku kerana mati lah yang hampir dengan hati ku bukan hari lahirku. Ramadhan ini aku masih tidak memimpikan Rasullullah atau bertemu malam lailatulkhadar tapi Alhamdulillah aku bermimpikan arwah ibuku sudah cukup buat aku gembira ,munkin kerana lewat seorang ustaz yg buat umrah aku mengirimkan duit buat fidyah untuk arwah ibu begitu juga tahun lepas ketika di tanah suci aku juga mengirim doa untuk nya ,mungkin ,mungkin arwah ibu datng walau tidk bersuara tapi dia datng dalam keadaannya seperti dia hidup dulu.... Insyaallah ibu ,mudah2an doaku yang tak seberapa untukmu di terima Ilahi.

Comments

Anonymous said…
Saya suka Blog anda. Kandid (candid) dan ikhlas. Anda berani mendedah kehidupan anda. Semoga perjalanan anda ke Rumah Allah tahun hadapan diberkati Nya. Padah kefahan saya, ibadah Haji adalah kemuncak segalah ibadah-hidup kita. Sewaktu Hajilah kita mempersembahkan akhlak kita kepada Allah. Bukan kah Nabi (saw) pernah bersabda, "Aku diutuskan untuk menyempurnakan 'akhlak'?". Sempuna sudahkah akhlak kita? Hanya Pencipta kita yang maha mengetahui. Persembahkanlah 'Diri' kita atau, dalam bahasa Inggerisnya, 'Self' kepada Nya. Bila mendapat 'teguran' Allah, cepat-cepatlah bermuhasabah. Jika kita rasa kita bersalah - cepat-cepatlah bertaubat (taubat Nasuhalah yang terbaik). Jika mendapat 'pujian' Allah, jangan riak, jangan sombong. Beristighafarlah dan syukuri 'didikan' Nya ke atas kita - yang satu-satunya didikan ke arah akhlak yang sempurna. Allahuwaklam. Wassalaam

Popular posts from this blog

BERSALAH