MD Cottage ,Taiping Homestay

http://malaysia-homestay.com/web/index.php?action=listingview&listingID=1167

Salam ,baru tadi saya daftarkan rumah di Taiping ke dalam laman web malaysia homestay .

MD Cottage ,Taiping
No 391,Jalan Delima ,
Kg Jambu ,
Taiping .Perak

 http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/11/planters-creek-taiping-homestay.html

Nama MD adalah singkatan nama Mohd Dom iaitu nama bapa mertua saya . Rumah yang dibena lebih kurang pada tahun 1980 tu telah dibeli oleh suami dan akn diubah suai sedikit demi sedikit. Oleh kerana kami yang tinggal di Putra Jaya ini jarang pulang disebabkan sibuk dengan hal masing2 , saya  membuat keputusan untk menjadikannya rumah tumpangan supaya keceriaan dan kenangan yang ada dalam rumah itu suatu masa dulu terus hidup.

Rumah ini mempunyai 4 buah bilik tidur yang bersaiz sederhana . Tiga biliknya mempunyai katil queen size manakala satu bilik single saiz. Dia dilengkapi dengan semua peralatan asas seperti mesin basuh kain ,television, peti ais ,dapur ,periuk nasi dan flask air panas elektrik untuk kemudahan penghuni.

Hanya satu bilik saja di pasang penghawa dingin manakala tiga lagi hanya mempunyai kipas siling.Insyaallah gambar bilik tidur akan di upload apabila saya berpeluang pulang untuk mengambilnya.

Oleh kerana rumah ini terletak berhampiran Masjid Taiping ia amat sesuai untuk penginapan bagi saudara2 yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis perkahwinan. Atau bagi mereka yang mempunyai saudara yang sedang sakit di Hospital Taiping dan tidak mempunyai tempat tinggal maka tempat ini juga selesa untuk ditumpangi kerana ia terletak hanya lebih kurang 2 km sahaja dari hospital .

Taiping  TERKENAL dengan tempat-tempat makan yang SEDAP seperti kue teow Doli ,Yong Tow Foo dekat Bomba,,Laksa ,Popiah ,Pasembur, Mee Udang , Satey dan banyak lagi dan harganya amat MURAH berbanding dengan Kuala Lumpur dan lain2 tempat ..semuanya boleh sampai dalam masa 5 minit memandu.

Di samping itu banyak lagi tempat menarik untuk anda dan keluarga anda nikmati bersama seperti  Zoo Taiping,perkelahan air terjun di Batu Hampar ,mendaki  Max Well Hill atau berjalan-jalan di Muzium dan Taman Tasek Taiping. Boleh berjogging atau hanya ronda-ronda sambil menikmati keindahan nya sahaja.

Sekian dari saya dengan ucapan WELCOME to TAIPING!!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH