BIMBANG AKU BIMBANG

Blog ini aku up date atas permintaan anak ku Muhammad Qayum.

Dulu semasa aku remaja dana atau dara sunti emak selalu bimbangkan aku sehingga aku tak dapat buat apa yang aku suka. Contohnya semasa aku dalam Darjah Lima cikgu pilih aku main bola jaring tetapi emak tak benarkan aku pergi kesekolah waktu petang untuk buat latihan dan nama aku digugurkan.

Lepas tu masa tunggu result Form Five aku nak minta kerja kat supermarket di Bagan Serai pun emak tak kasi..dia suruh aku duduk rumah saja dan banyak lagi lah yang aku tak dapat buat kerana emak bimbangkan aku. Sampai satu hari tu aku tanya emak apa yang emak bimbangkan sebab aku dah besar dan tahu jaga diri...emak aku sedih..dia jawab nanti bila aku dah kahwin dan ada anak sendiri aku akan paham. Aku menyesal bentul buat emak sedih tapi aku betul2 tak paham kenapa emak kongkong aku sedemikian rupa.

Sekarang aku nak cerita kat anak2 aku....aku yang dah jadi emak mereka memang tak pernah satu saat pun tak bimbangkan mereka. Selain pelajaran dan masa depan mereka yang selalu aku bimbangkan ada banyak perkara lain yang membimbangkan aku. Kadang2 tak masuk di akalpun sebab benda2 yang kecil pun aku boleh bimbang. Contohnya kalau anak aku kurang makan pun aku bimbang kalau terlebih makan pun aku bimbang .

Aku selalu bimbang kan anak ku yang sulung aku bimbang kan anak ku yang no dua aku bimbangkan anak ku yang no tiga aku bimbangkan anak ku yang no empat dan aku bimbangkan anak ku yang no lima, Tuhan saja yang tahu ,aku selalu bimbangkan mereka.

Aku bimbangkan anak ku yang no satu takut after graduation dia tak peroleh pekerjaan atau nama lain jadi penganggur sedangkan dia kuat merokok..suka bakar duit abahnya.

Aku bimbangkan anak ku yang no dua dengan keadaan jantungnya dan berat badannya yang susah turun kecuali dia nekad tak makan nasi selama sebulan ...aku agak saja.Aku bimbang.

Aku bimbangkan anak perempuan ku no tiga yang kadang2 terlalu sensitif dan tak pernah rasa susah.Aku tak mahu dia kecewa dan bimbang kalau dia kecewa.

Aku bimbangkan anak ku yang no empat yang amat pemalu dan self-conscious .Walaupun dia mempunyai sifat pemalu tetapi hatinya agak keras. Sehingga sekarang aku nak tahu samaada dia masih ingat atau tidak peristiwa dia menumbuk anak manager ketika dia berumur empat tahun.

Dan yang akhir aku bimbangkan anak ku yang bongsu...baru Form Two dah sibuk nak ada girl friend. Sampai aku tertanya2 sampai kemana lah hubungan ni nak di bawanya ..tetapi aku juga tak boleh pertikaikan sebab adik ku Maksu juga berkawan dari sekolah rendah sampai bawa ke jinjang pelamin.Selagi pelajaran tak terjejas aku tak kisah. Sebenarnya aku lebih bimbangkan penyakit alahannya yang serius pada makanan dan abuk serta bulu kuching.

Kasihan betul dan di dalam hati kecilku selalu merasa bersalah kerana keadaan mereka yang mungkin dibawa dari gene aku yang lemah.

Jadi anak2 kalau baca blog mama ni ketahuilah bahawa orang2 yang bergelar ibu, emak , ummi atau bonda ni tak pernah sedetikpun tidak merasa bimbang atas keselamatan dan kesejahteraan anak2 mereka so kalau anak2 kasihan janganlah menokok tambah lagi apa yang tak patut dan tak perlu dibimbangkan oleh kami.

Comments

Anonymous said…
bile baca entry ni..

teringat ibu di rumah

Popular posts from this blog

BERSALAH