KEHIDUPAN

Hari ini aku sepatutnya mengemas rumah ,bukan mengetip key board ni .Tetapi banyak perkara yang berlaku yang sangat2 hendak aku tuliskan. Contohnya kenaikan melambung harga minyak yang memang dah tahu akan naik.

Pendaftaran anak ku, Qayum ke MMU. Tukang kebunku Mariappan yang akan pulang ke INDIA hari ini kerana sudah tamat tempoh. Anak perempuan ku yang aku lebih suka panggil akak , saudara di KK nya panggil Farah dan famili di Taiping panggil Diana dan kawan2nya panggil nody kerana namanya yang 3 rangkap tu .Dan suami yang seperti orang yang sedang mencari sesuatu kerana takut tak dapat hidup selesa bila sudah tidak lagi bekerja.

Bila melihat rumah ku yang berselerak aku akan teringat pada Mariappan....tanpanya aku kena tukar aktiviti harianku....dulu aku tak payah basuh pinggan , menyapu ,mengemop lantai dan lain2. Mariapan akan buat, dia memang cekap dan rajin....dan dia juga pandai memasak....kalau aku buka kedai makan sudah tentu aku akan ambil dia bekerja.

SEmalam Mariapan dah menaiki bas ke KLIA manakala kami baru saja pulang dari Melaka menghantar Qayum ke minggu orientasinya di MMU.Rasa macam berat hati saja nak tinggalkan dia begitu juga dirinya tetapi apabila teringat yang kakak nya ada di sana dia seperti bersemangat semula.

Bulan ini duit keluar dari poket macam air keluar dari timba bocor. Harga petrol pula naik melambung...dan ada 3 buah kereta yang selalu dahagakan petrol. I always pray dapat berpindah kesebelah utara dekat dengan kampung halaman...atau kami mungkin buat pilihan tidak pulang beraya di kampung lah tahun ini.

Sebenarnya pilihan masih terletak di tangan kami...itu pun kalau pasangan saya setuju...banyak cara boleh di jimatkan...ikut keutamaan.

Soal diri kita sendiri apakah kita boleh mati tanpanya? Apakah kita boleh susah tanpanya? Apakah kita tak ada pilihan kecuali nya?

Contohnya ASTRO....bayaran sebulan hampir RM 90..dan sekiranya kita mohon potong sekarang kita terpaksa bayar RM 500 (harga parabola dan decorder) .Mana lebih bagus? Begitu juga dengan kereta...perlukah kita dengan kereta MPV 2 000 cc setiap masa atau hanya sekali sekala apabila semua pulang....apa salahnya dengan kereta kecil dan selebihnya boleh menaiki bas.Kita ada alternatif dan TERPULANG pada diri sendiri.

Kebelakangan ini aku agak resah....resah dengan apa yang berada di dalam kepala pasangan ku. Seperti banyak perkara yang mahu dilakukan tetapi satu pun tidak dapat dilakukan. Terlalu banyak perancangan sama juga seperti tak ada apa2 rancangan.

Comments

Anonymous said…
qayum abd ghani?

Popular posts from this blog

BERSALAH