WANITA SAMA SAJA ?


If i ask u bila last time u jumpa membe baik u...i mean perempuan la....semalam? kemarin dulu? minggu lepas? bulan lepas? or tahun lepas?

Then apa yang u bualkan????

Hah ..... aku dah agak dah !

Perempuan...walau apapun perbezaan umur,rupa fizikal and kedudukan kewangannya iaitu yang bekerja atau tidak ,tetap ada persamaan bila berjumpa....

Aku bercakap tentang tajuk2 bualan mereka.

Contoh nya mereka suka berbual tentang keadaan fizikal mereka seperti...."u nampak berisilah sikit.....";boyfrens( untuk yang belum berkahwin) atau suami (bagi mereka yg sudah berkahwin) seperti" ala....suami u sporting tak macam suami i.....";makanan/masakan apa yang sedap apa yang tidak dan macamana nak sedapkan lagi dan lagi...; pakaian; personality artis /programs tv; orang2 tertentu yg mengancam diri mereka;anak2 (jika sudah jadi ibu);adik beradik (bagi mereka yg belum kahwin);dan masaalah2 peribadi. Huh no wonder kalau bersembang berjam2 tak habis.

Topik2 yang kurang di bincangkan ialah ;hal2 politik ;sukan; ekonomi negara; masaalah antarabangsa;peluang2 pekerjaan dan perniagaan atau cara2 menambahkan pendapatan. Ish dah tahu pun....

Wanita lebih selesa berbual antara teman2 wanita mereka jika dibandingkan dengan pasangan laki2 mereka walaupun ketika berada dalam satu kumpulan.Ini disebabkan topik perbualan kegemaran mereka yang berbeda.Kebanyakan laki2 lebih gemar bercerita topik2 semasa seperti hal2 politik dan masaalah dalam pekerjaan mereka manakala kami pula lebih suka hal2 yang berupa ancaman semasa....ia itu macamana nak menguasai pasangan kami ..........pelik kan tapi itulah topik yang paling kami gemari dalam semua topik yang kami bincangkan.Sebab tu kami jarang pakai full volume bila berbual....oops ini rahsia.

Wanita kurang berminat untuk berbual bersama laki2 kerana terpaksa berhati2 kerana tahu suaminya sedang memerhati dan menilai diri mereka.Wanita kadang2 terlalu mengikut perasaan dan mungkin terkeluar dari tajuk bualan.Perasaan malu dengan teman2 suami yang belum rapat.Yang akhir kemungkinan kami tak tahu apa2 langsung tentang tajuk yang pasangan kami bualkan.Walau macamana pun kami sangat lah terharu dan berterima kasih pada pasangan kami kerana sudi membawa kami bersama2 keluar dengan kawan2 mereka lepak2 sambil minum secangkir kopi....

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH