KAMPUNGKU
Sewaktu umur aku 8 tahun bapaku pulang dan tinggal di kampung.Satu dunia yang agak berbeza dari sebelumnya .Dulu bapa tinggal di berek askar di Port Dickson.Sebagai askar yang berpangkat Sarjan tentulah berek tempat kami tinggal agak selesa .Kami hanya bermain dikawasan berek yang mempunyai 3 unit rumah.Oleh kerana jiran2 kami jarang membenarkan anak mereka keluar bermain aku hanya berkawan dan bermain antara adik beradik aku saja.
Di kampung inilah aku membesar menjadi budak perempuan yang lasak dan degil....mana tidaknya aku bekas anak askar dan kawan2 ku pula anak2 nelayan...kami bermain,bergaduh kemudian baik semula.Dulu kampung ini tak sebersih sekarang...tanah nya becak setiap kali air pasang....dari rumah kerumah yang lain akan di hubungkan dengan titi yang diperbuat dari sekeping papan yang panjang dan di sambung oleh tuan rumah yang mahu titi itu sampai ke pintu rumahnya.
Waktu itu kebanyakan rumah tidak mempunyai elektrik kerana ketidak mampuan membayar kos pemasangan jadi kebanyakan rumah akan mempunyai pelita minyak tanah atau jika berduit sedikit akan membeli pelita gasolin.Pada waktu itu juga hanya ada sebatang paip air yang di pasang berdekatan surau untuk kegunaan penduduk kampung.
Kampung ku dulu terlalu istimewa apabila air pasang ia akan naik hingga ke bawah rumahku...sebab itu kebanyakan rumah di kampung itu dulunya bertiang dan bertangga.Setiap kali air pasanga aku akan turun meranduk dalam air masin itu untuk mencari belangkas...belangkas jantan agak kecil dan akan melekat di belakang badan belangkas betina yang sentiasa mempunyai telur dalam kulitnya.Belangkas2 yang dapat aku tangkap akan di bakar dan di makan telurnya tapi ada juga yang menjadi umpan tangkul untuk menangkap ketam hijau atau ketam nipah.
Untuk tanah kering secukupnya mengambil masa berhari2...apabila tanah cukup kering...itu lah masa yang paling best ....masa untuk main *Tok Belah* atau *galah panjang* bila jemu tukar pula main *police and thief* sampai koyak rabak baju kena tarik.Selain permainan ni ada juga musim bermain layang-layang,guli,getah dan buah gorah yang kami kutip bila di hanyutkan ketepi sungai.(Aku selalu kena rotan oleh bapa kerana kegilaan mencari buah ini sehingga kebelakang2 kampung)
Sekarang dunia dah berubah..kanak2 lebih suka tenguk TV dan main Komputer.Tanah di tambak dengan berlori2 tanah merah...rumah tak lagi pakai titi tapi sudah ada jalan.Ayam dan itik tidak lagi di bela kerana takut rumah kotor atau jiran marah..Dan aku sangat rindukan zaman itu .Zaman ketika Hari Raya hampir tiba kami akan sibuk buat panjut dari buluh dan pasang lampu minyak tanah.Zaman ketika orang bertukar alu menumbuk gula dalam lesung untuk membuat kuih....zaman dimana sebuah masyarakat terlalu rapat....
Comments
Cenah
C....