Posts

Kifarah...

https://muhdhazrie.wordpress.com/2009/07/13/apa-itu-kifarah/ Sebelum aku panjangkan posting tajuk ini aku terpaksa mencari erti sebenar perkataan kifarah itu sendiri dan aku tertarik dengan posting dari link ini,moga pahalalah milik  penulis ini dan aku kira tak perlu minta izin atau sebagai kerana mengambil kata2 dia kerana  berada dalam alam maya ini kita sudah maklum atur cara fungsinya  seperti apa saja di atas skrin sudah menjadi milik maya untuk membaca atau menyalin . Pagi ini ketika berkumur dan meludah dalam sinki kahak ku ada kesan darah walau semalam atau pagi inipun aku tidak batuk . Aku terpaksa scan otak aku untuk fikir apa yang aku makan atau minum semalam . Sebab semua itu akan jadi penyebab . Cuka dan limau ,nenas dan kuinin ,anggur dan mangga ,asam jeruk atau apa saja yg tinggi asid yang boleh membuat bebola dalam paru-paru ku luka kembali. Keadaan seperti ini sudah lumrah bagi ku , aku bersyukur tak lagi panik setiap kali berlaku kalau dulu dokto...

Ajaibnya Doa

Sebenarnya banyak yang aku nak tulis dalam posting yang lepas tapi takut terlalu panjang jd aku asingkan dan jadi topik ini khusus untuk doa... Aku cuma nak share perasaan aku kalau aku boleh andaikan yg umur ku sekarang sudah berada di peringkat penghujung hayat dan berapa banyak doa ku yg Maha Pengasih lagi Penyayang telah perkenankan. Dengan rasa rendah hati aku sedar sepatutnya aku mencintai dan berterima kasih pada Allah swt bukan setelah aku mendapat nikmat tapi pada apa saja yang aku terima.Jadi aku masih tak layak di kategorikan orang yang bersyukur  dari segi bersyukur yag benar2 bersyukur ,aku mungkin  kembali tidak brsyukur apabila nikmat itu ditarik semula.Namun sebagai hamba yg sentiasa lalai seperti setiap kali terjaga dan tersedar aku mengucapkan syukur . Bagi ku brdoa bukan saja nampak seseorang itu duduk atau berdiri sambil menadah tangan ,berdoa itu bagi pahaman ku memohon ,mengharap walau tak terungkap di bibir hanya di hati tetap satu doa pada Ma...

Sesuatu..

Image
Assalamualaikum alam maya , Hampir 5bulan  hamba ni tak buat posting ,hari ni mungkin nak tulis sikit hal-hal yg masih berkisar dengan hj ,minggu depan adalah minggu terakhir kursus haji kemudian akan disusuli dengan pemeriksaan kesihatan dan buat visa , Minggu lepas ada  ujian 10 soalan dan aku betul 9 walaupun satu soalan yang salah itu aku anggap kilaf atau cuai dari membaca soalan dengn betul.Ada lagi ujian susulan minggu depan.Sampai sekarang aku memang benci ujian sbb kena berfikir , berfikir buat aku stress ,soalan buat aku nervous ,dua hal ni buat aku tak suka. Aku lebih suka situasi belajar dan menyoal sehingga aku dapat jwapan dan paham. Dalam lima bulan kursus hj Alhamdulillah satu Ahad pun  aku tak pernah miss dan Alhamdulillah aku paham  ilmu yg disampaikan oleh ustaz Hashim dan ustazah siti Robiah. Dan atas kepahaman itu jelaslah Tawaf Wada aku tahun 2012  tidak sempurna dan aku terhutang  dam seekur kambing yang mesti dilakukan di Mekah k...

Tawaran Haji Tahun 2014

Image
Dengan nama Allah ,segala pujian tidak mencukupi hendak aku puji ,segala kesyukuran tidak cukup untuk aku bersyukur ,segala alam terlalu kecil untuk ku bandingkan atas limpah kurnian mu . Tidak cukup sama sekali hanya seperti setitis embun di padang pasir . Engkau yang Maha agung Ya Allah ,Yg Maha berkuasa , Yang Maha Kuat ,Yang Maha Mengetahui Maha adil ,Maha Mendengar ,Maha Pemurah ,Maha Penyayang.Segala yang di bumi dan yang di langit ,yang kelihatan atau tidak, Milik Mu Ya Allah. Aku amat gembira yang Allah ,bakal menjejak kaki sekali lagi di tanah suci. Walau sudah banyak tempat yang aku pergi atas rahmat Mu tak akan sama ya Allah kecuali mengikut tapak2 kaki kekasih mu .Beri aku kesihatan dan kekuatan ya Allah  ,bagi aku kenikmatan berasa dekat dengan Mu ya Allah ,sekiranya waktu ku hampir datangkan aku dalam keadaan bersih ya Allah,bersihkan aku dari hutang dan dosa.Sesungguhnya aku hamba yang banyak berbuat salah,ampunilah aku ya Allah. .

Kembara London dan Paris bahagian akhir

Image
Ada 3 minggu persediaan .Dalam satu blog nasihat supaya jgn bawa banyak baju , bawa baju yg perlu saja yang boleh mix n match(ini penting sebab kita banyak menggunakan train ,naik teksi bila perlu sebb selalu teksi pakai meter pun paling murah pernah bayar 20pound atau seratus ringgit , 60 pound paling akhir bila hendak ke airport sebb beg banyak . Satu blog lagi  suruh bawa bekalan  makanan seperti maggie cup, beras ,biskut , kuah segera Brahims ,kicap ,sos dll juga periuk nasi dan flask air untuk isi kopi sbb cuaca di sana sejuk kopi mahal.Aku tak fikir pasal duit yg penting badan aku boleh sentiasa panas,tapi flask sampai akhir tak guna pun .Di sana bila kita berjalan kita akan berjalan sangat laju dari biasa jadi badan maintain panas ,tapi kita perlu bawa air mineral sebab tekak akan kering kita sentiasa haus.Dan botol air mineral tu jangan buang sebb bila nak ke toilet boleh guna buat  cuci najis ,semua toilet di sana hanya ada tisu paper tapi tak disediakan kepal...

Kembara London dan Paris pt2

Image
Saya  suka  permandangan yang cantik-cantik seperti lukisan .Kalau ada kawan2  yg poskan gambar mereka makan angin ke luar negara tak kiralah asia ke eropah ke dlm internet memang saya suka .. ada masanya saya kagum dengan mereka yg selalu keluar makan angin ,dan saya rasa orang yang keluar makan angin walau bukan terdiri dari orang-orang business yg kaya raya tapi mampu simpan duit untuk berjalan .                                         Pokok salah satu unsur semula jadi yang saya suka. Rasanya terpulang pada individu sejauh mana mereka sanggup korbankan duit poket mereka untuk mendapat kepuasan melancung tu. Untuk melancung keluar negara semasa anak2  bersekolah langsung tak termimpi kecuali jalan2 dalam negeri. Memang benarlah rezki tu Allah swt yang tentukan. Pert...

KEMBARA KE London dan Paris pt 1

Image
Salam sejahtera dan salam sayang tuk sesiapa yg membaca  blog ini...hati tengah riang nak cerita pasal trip ke London dan Paris dari 26hb NoV hingga 5 DeC yg lepas.Panjatkan syukur yg banyak pada Allah swt .Terima kasih Tuhan.. Mula2 nak bagi tahu bukan semua isi blog yg kita baca kita kena ikut ..nak tahu sebab apa tunggu sampai habis saya tulis .  Persiapan dari tarikh beli tiket ~ dalam 3 minggu ...plan asal ~suami yg bekerja kat Afrika suruh jumpa dia kat London tempat kapal terbangnya turun buat transit  ke Malaysia. Jadi pendek kata dia dah selalulah turun London.Jadi kali ni dia ajak istrinya nikmati kota London cuma masaalahnya dia tak mahu duduk lama di London cukuplah tuk 2 malam jadi tolong fikirkan sekejap untuk saya .... Di bawah ni saya muat kan semua tempat penginapan kami semasa di London dan Paris. Ada satu lagi apartment tempat kami bermalam sebelum kami bertolak pulang ,insyaalah saya akan upload bila jumpa nanti.