Posts

Majlis Pertunangan Anak Saya

Image
Alhamdulillah ,majlis pertunangan berjalan sungguh lancar dan hampir sempurna . syukur pada Allah swt kerana cuaca baik ,saudara-mara pun hampir semua datang sebelah saya dan suami untuk membantu. Saya yakin semua tetamu gembira dan puas hati. saya sempat tanya bakal besan macamana dengan makanan hari tu katanya ramai yang bertambah ,alhamdulillah mungkin juga terlalu lapar entahlah. Di sini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg hadir terutama saudara-mara dan sahabat tolan anak2. Rasa meriah sangat dan paling hiba apabila bapa saya dalam keadaan kakinya belum baik kerana terjatuh datang dan masuk duduk antara orang ramai beserta dulang2 hantaran mereka ,saya tak dapat menahan air mata dan curi2 masuk dalam bilik sambil menahan sebak..alhamdulillah tak lama mungkin dalam satu minit saya dah ok. Gambar2 pertunangan insyaallah saya akan upload dari fb anak tak lama lagi ,sekian semoga dicucuri rahmat semua.
http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/09/update.html

Kehidupan

Bila manusia hidup berpuluh-puluh tahun dengan pengisian kehidupan tiba-tiba datang satu ketika dia merasa kekosongan tanpa memori indah dlam kehidupannya .Memori itu sendiri mesti diisi dengan keindahan kehidupan dan dikongsi dengan orang2 terdekat ,ia dilihat dari sudut keredhoan dan kepuasan melalui kehidupan itu sendiri.

A bit nervous

Salam, tinggal 2 minggu je lagi persiapan hari pertunangan anak dara saya yang sorang tu...saya dah buat yang terdaya walaupun mungkin tidak yang terbaik .Rasanya macam boleh buat lebih baik tapi tak boleh pun. Minggu lepas saya rasa gementar sanagt sebb banyak benda yang tak settle, seperti tempahan makan untuk 200 orang tetamu , bunga fresh yang saya belum order ,gubahan yang tak siap2 dan benda2 kecil seperti kat mana nak cari daun sireh atau cara dan waktu terbaik nak petik daun2 hijau sepanjang jalan ke ijok tu ....dah pakat dengan ayum katanya waktu subuh ,good idea sebb kalau lepas magharib takut serempak jembalang tanah pulak. Hari ini dah back to normal again sebb dah confirmkan dengan catering makanan cuma risau juga dia tak mahu duit deposit katanya bayar waktu dah hantar semua makanan dan khemah tu.Hmmm fikir yang baik2 ok walaupun emak saya ajar suruh fikir yang buruk dulu sebagai back up atau sediakan payung sebelum hujan.Kemudian sireh pun dah tahu mana nak dapat ..begit...

Garisan kehidupan.

Jika kehidupan hanya satu garisan lurus maka dua kehidupan umpama dua garisan lurus samada garisan itu akan bertemu atau tidak terpulang. Tapi aku dan dia seperti dua garisan yang sama2 menegak atau melintang ,seiring tidak akan bertemu dan terus di atas garisan lurus.

Kami serupa...16th Sept-bekas asrama convent taiping.

Image
Seronok dapat jumpa kawan2 lama yang membesar bersama2 di bawah satu bumbung asrama. Lepas berpuluh tahun tak jumpa dan berkumpul dan apabila sampai ke detik pertemuan ini kami saling melihat,teka apa jadi...masing2 lawan ketawa geli hati melihat perubahan ketara kami .Namun ada yang tidak berubah langsung iaitu perangai KAMI!

Buat apa yang perlu...

Image
Sambungan entry yang terdahulu ....sebenarnya aku masih dengan prinsip mahu melakukan sesuatu tanpa pembaziran ,jadi aku decide untuk gunakan bekas2 kaca di bawah ni untuk gubahan hantaran anak aku tak lama lagi ...aku yakin benda2 ni nanti dapat digunakan untuk isi nasi dan lauk oleh besan aku kelak :) Rasanya masa berputar begitu pantas , hari ni dah masuk minggu ke dua berpuasa.Masa beredar bermaksud umurku juga bertambah. Badanku tahun ni rasa sedikit lemah dari tahun lepas,mungkin juga kerana ubat batuk dan antibiotik yg aku ambil kerana aku terkena bronchiatic yg mungkin dijangkit dari suamiku. Oleh kerana paru2 ku memang tak eluk jadi aku mudah terjangkit. Apapun aku bersyukur pada Allah kerana mampu meneruskan puasa dan sembahyang tarawikh yg aku lakukan sendiri di rumah. Rasanya memang aku seperti sendiri mengadap tuhan dan akan terus sendiri mengadapNya ,moga Allah beri aku kekuatan. Alangkah bagusnya kalau aku pergi ketika aku seperti kain putih yang ber...