Posts

Gambar dulu dan sekarang..

Image
Tahun 2003 , separuh dari kami yang dari gambar paling atas dapat berkumpul di rumah Caba selepas lebih kurang 25 tahun tak jumpa....boleh cari padanan gambar di bawah dengan di atas tak ? Kalau boleh anda memang hebat dan boleh di ambil bekerja bahagian pengecaman. Tahun 1978, semasa dalam Tingkatan 5.....

Perasaan Tersepit....

Kita selalu dengar kes perebutan harta pusaka antara anak2 dan kerabat2 ,tetapi kebelakangan ini manusia dah semakin pandai siap pakai lawyer kalau tak puas hati... Di kampung aku dulu, kesian sorang bapak ni kena tipu hidup2 oleh anak lelakinya sendiri ,suruh tukar nama geran tanah sebagai imbuhan boleh hidup dengan dia ~dia kata nak jaga bapaknya sampai mati.Hati orang tua mana tak suka dengar kalau dapat hidup sebumbung dengan anak sendiri tapi si bapak tak tahu bila tinggal dengan anak ada rules n regulations~ tak boleh kotor2kan rumah kalau ada je abuk rokok tumpah atau lantai siap la telinga kena leter dengan menantu.Tak boleh lepak dan tidur sesuka hati waktu siang ~pun kena leter sebab menantu jenis pengemas~kalau katil dah kemas tak boleh usik lagi sampailah malam.Akhirnya kerana tidak tahan di leterin dan disindirin dia pun pulang dan hidup di rumah papan buruknya yang belum roboh. Itu cerita kes bapak yang tak bersekolah tak pandai undang2 ok.Sekarang jangan main2 ....Dalam ...

Pengajaran atau sebaliknya...

Hari Ahad lepas entah macamana dapat juga aku mengajak suami ketempat anak bongsu ku.Sejak kes kecelakaan hari tu here (yang menyebabkan seorang putera jr meninggal) aku belum lagi berkesempatan menemui anak ku dan akhirnya semalam baru dapat jumpa. Dulu kalau nak masuk ke kem ,kita cakap nak jumpa anak MP yang pakai topi merah tu akan benarkan kereta kita masuk tapi kali ni mereka tanya samaada kita orang awam atau tentera dan bila kita jawab orang awam kita kena berhenti untuk ambil pas lawatan. Sampai di MTD kami tak boleh naik ke bangunan asrama seperti biasa terpaksa tunggu di bawah.Cuma kami tidak tahu yang kami boleh minta bantuan pada guard yg bertugas dan mereka akan memanggil pakai walkie talkie pada bilik kawalan di bangunan asrama. Kata anakku yang kelihatan amat kurus ,empat orang budak termasuk Halim juga terpaksa dikeluarkan dari Maktab kerana orang ramai tidak berpuas hati jika seorang saja diambil tindakan..kononnya di atas alasan bersubahat.Kata anakku lagi sekarang ...

Nek,Tolonglah Paham!

Susah nya nak buat semua orang gembira dan susahnya kalau hati kita pula yang sakit. Ramuan seperti sabar ,tolak ansur ,hurmat, kasihan semua dah guna tapi hati sakit juga. Biarlah aku dan suami ambil iktibar setiap kali pulang Taiping. Ambil iktibar macamana kehidupan bila dah masuk peringkat nenek sebab mungkin peringkat datuk tinggal selangkah dua saja lagi. Umur Apak akan menjangkau 90 tahun manakala isterinya mungkin 60 keatas.Dulu Apak gagah ,kalau sekadar pokok mangga batang yg sepemeluk tu ..dia tebang guna tangannya sendiri sampai tak nampak tunggul..tanah boleh rata sampai kamu nak cari kesan pun tak jumpa. Tak tahu datang dari mana kederatnya ,badan kurus je...mungkin ada amalan atau doa atau latihan yg digunakan tapi aku memang hairan. Dia juga pandai bertukang dan menjahit...aku pernah lihat hasil jahitannya ..kalau sekadar repair baju atau seluar aku tak hinginlah nak tulis tapi ini tukar kusyen bangku. Bukan dari kain tapi dari kulit PVC. Hasilnya kusyen tu nampak baru ...

Bungkusan

Adoi letihnya menulis tiba2 je tangan ni tertekan apatah terus hilang semua....haaaah bengang,dah la tak rajin nak up date blog! Tadi aku tulis pasal berbaloinya aku pos bungkusan mkanan pada anak aku yg tinggal di RMC . Jika aku bandingkan kalau aku pergi sendiri.Travelling ambil masa hampir 2 jam juga jadi boleh kiralah berapa duit minyak dan tol yang aku kena bayar .Tak masuk letih lagi kalau tersesat dan traffik jam ,begitu juga kadang2 miss sholat lah. Tadi aku hantar Milo 3 in 1 (30 bungkus) ,300g biskut cream untuk dia celup dlam milo dan 2 keping chokelat snickers (faveretnya) ,dan kos hantaran baru 8 ringgit 50 sen..Berbaloikan? Aku tak tahu bila barang tu bole sampai tapi aku rasa esuk.Jadi esuk bila barang tu sampai pada anak aku terbayang2 kegembiraan di hatinya bila terima bungkusan tu sambil tak sabar2 mengoyak kertas bungkusan tu diperhati oleh kawan2 biliknya yg sama2 exited nak tenguk apa benda dalam kotak tu ~ bestkan dapat bungkusan ganti emk-ayah datang!

Ragam anak

Hari ni dah hujung bulan kan tapi semalam anak aku yang sulung(sedang demam) pun katanya gaji belum masuk ,anak aku no dua pun belum bergaji ... yang no satu tu bila badan tak sihat minta belikan panadol dengan air hundred plus~ aku kata tak eluk makan panadol dengan hudred plus dia jawab kawannya buat..hmmm apasal nak ikut kawan jer ,bila sakit teruk nanti kawan ke yang akan susah. Tengah malam ketukpintu bilik tidur aku minta duit nak gi klinik sebab panas badan bertambah~ kenalah sejarum kat bontot.Betul tak apa aku cakap ,tapi degil tahap dewata.Belum lagi bila kami berbincang pasal bab lain pasal pakai kereta untuk pergi kerja ...bab ini lagi teruk sebab masuk bab ungkit2 ,macamlah dia tak dapat layanan adil ~ hah siap aku suruh dia bagi contoh jer apa mendanya?Terkial2 dia nak cari cerita untuk spin , yg aku tahu abah dah habiskan banyak duit untuk semua anknya mengikut keperluan. Dan barulah ayat yang seperti orang lain boleh pakai kereta kenapa dia tidak...macam lagu lama di...

MTD

Hari Jumaat ,aku on the way to Klang ,bawa motor cap cai atas jip untuk alan . Sampai Meru terima call dari anak aku Amat Shah, dia tanya aku samada Khaliq (anak bongsuku) ada callke tidak sebab dalam radio ada berita seorang budak junior di MTD mati kena ragging. Tiba2 je jantung aku rasa macam nak luruh ,cuba juga call no yang ada dlm hp ku tapi tiada jawapan. Sampai saja di rumah sewa Klang ,on broadband dan layar semua kisah dan berita bersangkutan MTD hari itu. anak masih tidak menghubungi aku.Malam itu dapat tahu dari suami anak saudara Fadzil antara lima yang terlibat,dan aku tahu budak itu dari caompany Bravo jadi keatakutanku sedikit reda. Kemudian aku mula risaukan kawan baik anakku Halim yang sama company Bravo walau aku rasa mustahil sebb dia budak baik tapi hari ini anak aku call aku dan sah Halim terlibat. Aku kasihan dekat budak yg mati tapi aku lebih kasihan pada budak2 yang hidup ~jangan hukum dari mata kasar tapi hukum dengan mata hati. Bila aku baca forum2 dlam in...