Posts

Nilai Kesyukuran

Hari ni nak tulis pasal sifat manusia yang selalu lupa atau kurang sekali mengucap terima terima kasih. Anak2 kurang mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah. Anak2 murid terhadap guru2 ,pekerja terhadap majikan atau pun rakyat terhadap pemimpin.Dan yang paling ketara hamba terhadap Penciptanya. Terima kasih menunjukkan kita bersyukur dan menghargai apa juga pemberian yang kita terima dengan ikhlas. .Anak yang berterima kasih kepada kedua ibu bapanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Terima kasih tidak perlu walaupun selalu di tunjukkan dengan memberi dalam bentuk material tetapi cukup sekadar meluahkan dengan kata2 dan perbuatan.Seperti anak menjaga orang tuanya yang sudah tua dan lemah. Pekerja yang sanggup bekerja lebih masa untuk menyelesai kan kerja dalam tempoh tertentu dan sebagainya. Janganlah kerana marah pada ibu bapa kerana tidak mendapat sesuatu sanggup lari dari rumah atau kerana kenaikkan gaji yang sedikit ,pekerja mengugut untuk berhenti atau mahu ker...

KISAH TERBARU ....POLITIK MELAYU (PM)

Bila dah baca ,terpulang lah pada diri sendiri mahu percaya atau tidak . Dan aku setuju kalau orang bilang agama tidak boleh di campur dengan politik .Sebab politik ini lebih cenderung kepada pilihan hati mereka dari mendengar yang benar. Politik juga cenderung kepada jatuh menjatuhkan kawan dan lawan demi kuasa. Tidak takut pada dosa ,pada Tuhan.Bagi sesiapa yang sayang pada PM kita tentu tak boleh terima tulisan di bawah ni tetapi aku yang berkecuali ni sudah tentu terima saja ...kerana seperti kata orang dulu2 situasi ni seperti sudah terang lagi bersuluh! Terus baca di sini; http://kickdefella.wordpress.com/2008/07/29/dah-main-belakang-kot/

Inflasi

Tiap2 tahun ada bulan2 tertentu yang sangat2 di nantikan oleh saya dan suami. Mungkin setengah orang ternanti2 hari anniversary atau hari lahir nya tetapi ini lebih bagus. Iaitu hari suami dapat increment dan kemudian tunggu bonus pula. Tahun ini increment suami dan staff2 yang lain tak sebagus tahun lepas. Kurang tiga per empat.(Maaf, kurang dua per tiga.) Patutlah ada executives muda yang sakit hati ,merajuk ,ambil cuti balik kampung dan sebagainya. Bagi aku dan suamiku ...masih boleh terima kerana kami dah pernah melalui keadaan yang lebih teruk sekitar tahun 1998 sehingga semua kenaikan gaji di bekukan sama sekali. Sekarang Malaysia dilanda inflasi sekitar7.7 peratus yang terburuk sepanjang 27 tahun. Merujuk pada semua petanda seperti ekonomi yang lembab ,harga barang makan yang melambung , saham yang jatuh ,minyak petrol yang semakin berkurangan ,pengeluaran yang tak seimbang permintaan dan politik yang tidak menentu ,saya rasa lambat lagilah keadaan akan pulih. Dan tentang bonu...

PERKAUMAN

Bila kerajaan dah senget macam ni barulah Pak2 Mentri dari parti komponen bersuara supaya kerajaan melayan semua rakyat dengan adil tak kira apa parti yang mereka sertai. Soalan aku apakah belum terlambat? Perpecahan kaum kalau tidak dapat dilihat dengan mata kasar, macam kuman kalau di teropong secara halus nampak kejelikannya.Tanya lah mereka yang bekerja di syarikat2 swasta. Budak2 mentah yang kebanyakannya berpotensi tinggi akan memilih pekerjaan di syarikat2 swasta yang terkenal dan gah di mata dunia dan di matanya. Semangat mereka berkobar2 untuk bekerja dan mengharap dapat pengiktirafan dari majikan atas titik daya usaha mereka yang sebenar. Apa yang mereka belum tahu ialah permainan politik di Malaysia. Kerajaan meletakkan syarat supaya syarikat2 ini mengambil 30% qota pekerja bumiputra.Sepertinya kerajaan sudah tahu tanpa qota tersebut ,pintu2 pekerjaan untuk bumiputra tertutup langsung .KENAPA?Di mana keikhlasan nya? Dengan tangga gaji yang berbeda dan kenaikan pangkat megi...

I love Singapura

Tentu payah menjadi seorang jejaka muda ,tampan , banyak wang dan bernafsu tinggi! Tambahan pula yang di cita dan di cinta ialah seoarng wanita muda, cantik dan sexy seperti yang terpampang di sini http://newpaper.asia1.com.sg/news/story/0,4136,171292,00.html? Yang saya pelik tu kalau kau dah suka dia kenapa kahwin dengan orang lain bukankah dengan orang lain tu pun dulu kau suka juga. Lagi payah bila ada law mengatakan laki2 tu tak boleh kahwin lebih dari satu .Sebab orang kaya biasanya pandai maka ada saja idea untuk mengingkari undang2 ciptaan manusia.Sebagaimana yang saya pernah tulis dulu...wanita ada instinct...tak boleh nak sorok lama2 dia akan terhidu juga. Itu kisah orang Cina kaya di Singapura . Tetapi yang best nya ialah bila mak pengantin cakap pada anak2 buahnya yang datang dari JB hari tu ,kau boleh kahwin dengan perempuan Singapura tapi tak dapat le nak pasang 4. Saya amat setuju ..bukan pasal law kata tak boleh tapi memang tak mampu pun kerana sara hidup di sana terlal...

X X X

Mak oi posting yang dulu pecah rekod dapat komen paling banyak. Semua komen datang dari perjudian. Mentang2lah tajuk posting ana nama ala2 ARAB gitu.Senang nya nak pancing penjual judi ni.

Gambar2 di Arab Street.

Image
Masih lagi gambar2 di Singapura...oleh kerana hari tu masuk kami bawa 3 jenis kamera yang berlainan...saya bawa kamera baru Olympus 790 SW(yg boleh tangkap dalam air juga) Hari tu dapat tangkap a few pictures di Arab Street.Sebab kami bergerak ke sana pun dah lewat petang..jadi tak dapat jalan lama sebab kedai2 di sana tutup awal.Di sini walaupun di namakan Arab Street tetapi orang Arab yang membeli belah di sini amat berkurangan jika di banding kan di Bintang Walk, Malaysia. Sehingga pada bulan July hingga August orang Arab terlalu ramai dan bulan itu dipanggil Musim Arab.