Posts

My Aerobic

Hari ini saya berjaya mencuba gelung rotan yang bersaiz kecil,yang saya cuba berkali2 tetapi gagal....saya dapat gelek sebanyak 4 kali! Manakala gelung Rotan yang besar tu dah semakin laju dan lambat jatuh.

SIAPA LEBIH ISLAM

Jangan sekali2 kamu berlaku sombong di muka bumi ini.....Inilah satu2 amaran dari Allah yang saya cuba pegang selain mengelak dosa2 besar yang tidak mudah di ampuni. Banyak orang mempersendakan perintah dan amaran Tuhan semata2 kerana Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Buat sebanyak dosa tanpa takut kepada kemurkaanNya dengan alasan boleh bertaubat bila2 masa dan Allah akan mengampuni mereka... Kalau lah begitu untuk apa dan pada siapa neraca di padang masyar nanti ?Walau sebesar zarah yang halus dan tidak nampak di mata akan di timbang di sana..itulah untung baik dan untung jahat kita. Begitulah dengan hanya berniat Allah sudah mengetahui. Kita terlahir Islam di dunia lalu mengakui kita Islam...samada kita tidak berpuasa ,sembahyang, berzakat atau tidak memakai tudung kita tetap akui keislaman kita .Saya mahu mengkritik blog RPK yang kadang2 tidak sehaluan dengan kata hati saya. Seperti merelakan isterinya tidak bertudung kerana dalam banyak ilmu yang merek...

I'm In

Janggal betul hari ini kerana kena ke gym sorang-sorang ..macam biasa terlambat 10 minit.Ya ! lebih baik lambat dari langsung tak pergi. Bila tenguk muka2 Amoi yang saya selalu jumpa sepanjang minggu ini ..tak lah rasa segan silu sangat. Hari ni budak depan saya translate kat saya bahasa Cina ..."auntie tu cakap mau beranak pun tak susah macam ni.." di bandingkan dengan rentang kaki kemudian angkat bola ,tangan kena lurus sambil rendahkan badan secara menegak serendah yang boleh kemudian naik dan di ulang berkali2....Tima kasih ye ..bila di tanya kenapa badan dah slim datang aerobic katanya nak siap sedia ke National Service...aduh mak ..pro aktifnya kamu! Hari ni sah saya dah jadi ahli seumur hidup , itupun kalau tak kena pindah ....dan saya bukan orang Kluang jadi mustahillah saya akan ke sini seumur hidup saya. Saya cuma mahu balik sukatan pinggang yang less dari 30 inci tu.....kemudian nak maintain tak mau makan banyak lemak dan kabohidrat lagi.Tolonglah abang sayang...

PerUt MuLas

PERUT SAYA tiba2 SENAK dan KEMBUNG ,tak tahu salah makan apa....

GUBAHAN untuk LINApencilBox

Image
Inilah gubahan yang baru siap ,cantik tak? truly speaking saya pun rasa tak puas hati sangat dengan rupa gubahan ni.Macam ada yang kurang. Masa agak suntuk bila dapat mesage dari Lina yang dia mahu gubahan macam lalipop tu . Esoknya kami terus keluar cari barang Dan malam tu juga saya siap kan gubahan ini. Kami berpeluang ke Air Hitam dengan suami...bertolak pukul 6.oo petang.Untuk mencari bunga cantik tak susah, tetapi warna biru agak kurang dan saya pula cuba mencari bunga bersaiz kecil dan murah sedikit ..Setelah berjalan ke beberapa buah kedai baru jumpa bunga biru yang sesuai ,harganya 4 jambak 10 ringgit.Manakala pasu nya pulak kami dah terbeli yang agak mahal iaitu 9 ringgit(harap Lina tak ralat le) Kami bernasib baik bila jumpa burung dengan sarangnya yang ada 50% potongan ,harganya jatuh 4 ringgit 50 sen.Kami juga membeli seekor rama2 kertas untuk hiasan yang beharga 2 ringgit. Saya campur 2 ringgit lagi untuk lain2 bahan seperti gam, rumput ,span dan reben jadi jumlah ko...

Hari Ini

Hari ini keluar rumah agak lewat around 10 am , no aerobic class jadi tak kisah lah lewat sikit , latihan saya cuma berjalan dan berlari2 anak atas thread mill selama 30 min ,kemudian cycling 30 min , akhir sekali buat goyang hoolahoop sebelum masuk kebilik berasap.Jam 12 .00 dah rehat. Semasa menuruni anak tangga, setiap langkah anak tangga menyebabkan PAHA saya terasa sakit nak mampus! Dan macam biasa juga perut seperti menjerit2 minta di isikan jadi sebelum balik singgah kedai makan beli lauk,2 ekor ikan keli goreng berlada, 2 ketul ikan pari masak asam pedas ,urap dan masak lemak nangka.Harganya 16 ringgit,jadi saya pun cuba kira balik agaknya sekor ikan keli harga 3 ringgit x2 baru 6 ringgit, ikan pari 2 ketul mungkin 6 ringgit juga ,2 jenis sayur tu mungkin 4 ringgit,jadi betul le tu harganya..tak sabarnya nak sampai ke rumah nak bedal nasi yang dah masak awal pagi tadi. Hari ni banyak perkara gembira berlaku ,selain dari rasa yakin diri tahap maximum (bahawa potongan badan s...

CRUNCH

Hari ni ketika saya buat CRUNCH bahagian abdominal terjadi kekejangan. Terpaksa meniarap untuk releks kan muscle yang sakit walaupun instructor suruh saya baring secara telentang dan angkat kedua tangan keatas tetapi meniarap lebih berkesan kerana berat badan akan menekan bahagian dada yang sakit kekejangan dan mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan cramp. Lebih kurang 5 minit abdominal pain itu hilang dan saya dapat teruskan stretching yang lain sambil menggunakan bola besar tu.Minggu ini badan kurang rasa SENGAL macam minggu lepas walaupun tahap keletihan masih kuat.