Posts

AGENDA KRISTIEN - You Tube

Saya nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada hamba Allah yang menghantar link ini kepada saya. Dan saya juga ingin berkongsi dengan semua umat Islam atau bukan yang singgah secara sengaja atau tidak untuk pergi ke link tersebut. Mudah2an mendapat IKTIBAR dan LEBIH BERWASPADA. http://uk.youtube.com/watch?v=fMAIZpsyQN0

SIOT punya MANUSIA

Pagi2 lagi dah tercela bulan puasa yang penuh hikmah ni... semalam MPV naza kami ok je.Pagi ni bila bangun dan tenguk kereta,nah dah ada kesan calar sepanjang satu setengah meter. Ini memang sah orang kedai restoran tu yang buat. Ok saya tak tuduh nanti berdosa ,saya syak saje pun berdosa jugak. Habis tu hantu mana yang calarkan? Kenapa nak calarkan kereta orang ,kalau orang nak masuk ke restoran tu dia akan mencelah2 juga untuk masuk bukan sebab kereta2 yang tersadai tepi kedai awak tu. Awak sakit hati sangat ke tenguk kami lintas jalan ke restoran sebelah, walau dah penuh kami tak masuk restoran kamu malahan berjalan kaki ke restoran yang lebih jauh. Siot betul, restoren tu bukannya ada pelanggan pun .Kalau kami park tepi jalan depan kedai kamu salah ke? Tanah tepi jalan tu bapak kamu ke yang punya?Mungkin kamu sakit hati kat semua orang yang parking depan kedai kamu tetapi melintas masuk tempat lain.Kami yang park dari waktu orang berbuka puasa sampai pukul 12 malam tu kerana i...

Lawyer VK LINGGAM

Masa kecik2 dulu perkataan 'lawyer buruk' kami guna pakai untuk orang yang kaki menyindir.Masa tu tak tahu pulak ada perkataan lawyer dalam bahasa inggeris....kalau bahasa Melayu ..'loya' pahamle...bermaksud keadaan tekak yang tidak berapa bagus dan terasa seakan hendak termuntah.Itu makna dalam kamus saya atau 'layar buruk' yang bermaksud kain yang telah buruk digunakan sebagai layar pada bot atau perahu. Pekerjaan lawyer ni kurang mendapat tempat di hati saya .Begitu juga cerita dalam filem ...saya selalu berpendapat jadi lawyer ni kena pandai bercakap....siapa pandai berhujah , dia menang.Kadang2 tu orang yang bersalah pun boleh terleps...seperti pembunuh yang bunuh tanpa niat , maksudnya tak sengaja le....Satu lagi kalau tak cukup bukti .Cukuplah undang2 Allah buat saya.....kau terlepas di dunia siap kau di akhirat kelak! Satu lagi yang saya kurang kagum dengan lawyer ni ialah pakaian mereka tu....dulu pakai rambut palsu warna putih yang berpinta...

Cerita Pendek - HUSIN TEMPANG

Kadang2 kawan2nya panggil dia Husin dan kebiasaannya mereka panggil dia Husin Tempang. Tetapi anak Pakcik Dolah panggil dia Tempang dan Husin tidak suka dengan panggilan tersebut. "Dengar cakap mak Husin, Allah tidak pandang semua itu. Allah hanya pandang hati budi kamu,nak ," nasihat ibunya yang di simpan dengan baik di dalam benak hatinya. Sebagai seorang insan, Husin teringin sangat hendak terjun ke dalam sungai dan mandi manda bersama kanak2 lain tetapi terhalang kerana kakinya yang cacat.Sejak lahir kakinya pendek sebelah , pinggangnya pun turut jadi bengkuk dan dia berjalan terjengkek2. Hari ini air pasang penuh.Sungai yang mengalir di sepanjang kampung Husin akan melimpah hingga ke tebing.Waktu inilah ikan2 sepat dan puyu banyak muncul di sungai tu .Manakala orang2 tua akan ke muara untuk menjala atau memasang bubu ,kanak2 pula tidak melepaskan peluang untuk berenang.Waktu beginilah air sungai itu tidak berkeladak dengan lumpur.Itulah keistimewaannya air pasang.B...

A piece of my thought.

Semalam muka depan surat khabar terpampang RM 35 ooo untuk orang yang dapat menangkap pembunuh NUrin...Ya Nurin kanak2 yang mati secara sadis ...Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, walaubagaimana pun Syurga buat Nurin dan neraka jahanam untuk pembunuhnya. Apa yang saya tidak paham di sini>>>> 1) Sebelum Nurin mati duit sagu hati sebanyak RM 20 ooo di hentikan atas alasan akan menimbulkan banyak komplikasi atau mungkin bermaksud akan menimbulkan masaalah lain yang tidak pula di sebut secara teperinci oleh bapa Nurin ketika membuat pengumuman dalam TV .Dua hari kemudian mayat Nurin di jumpai.Kemudian sesudah mati polis offer RM 35 oooo pula untuk menangkap pembunuh tersebut. 2) Motif penculikan Nurin 3) Kenapa pembunuh menunggu hampir 4 minggu sebelum Nurin di bunuh. 4) Kenapa mayat Nurin tidak di buang jauh2 . 5) Kenapa mesti dakwa ibu-bapa atas kecuaian sebagai penyebab kematian Nurin>>> kenapa bukan polis atas kegagalan 4 minggu mencari mangsa. ...

Wang Sagu Hati

Hati kecil ku masih berkata kerana wang sagu hati di berhenti kan maka Nurin mati....Seandainya wang sagu hati itu bertambah apakah si pembunuh akan membunuhnya setelah hampir 4 minggu dia masih bernafas !

SMS during RAMADHAN

Digi to Hotlink : Apa khabar dan selamat berpuasa. Hotlink to Digi : Sihat , i tak puasa hari ni , bendera merah. Digi forward to Celcom : from Hotlink >> i tak puasa hari ni ,bendera merah. Digi to Hotlink : Celcom dapat cucu lagi ,dapat tambah family package satu line berbual dan bersms free, untung Celcom. Hotlink to Celcom : Tahniah dapat produk baru yang ke enam bertambahlah pengguna kau. Digi to Hotlink and Celcom : i dah tak kibar bendera tapi hati masih berkobar2. Hotlink to Digi : Ha! ha ! itu bendera kebangsaan ! Digi to Hotlink forward to Celcom : I bendera Malayan Union , u le bendera Nasional....masih muda . Celcom to Hotlink and Digi : Tq. i sekarang kibar kain pelikat dengan batik je......... Hotlink to Celcom : Itu baru MERDEKA.