Posts

Aku baru Tahu

Memang dari dulu aku rasa ada yang tak kena je dengan negara Malaysia ni.....Masa aku berumur 9 tahun tiba2 je ada perintah berkurung kat kampung aku di Kuala Kurau.Waktu tu pertama kali aku nampak askar berlegar2 dalam pekan manakala semua kedai di tutup begitu juga sekolah tempat aku belajar.Mak bagi tahu aku tak boleh keluar rumah nanti kena tembak ! Bila aku dah dewasa sikit masuk sekolah menengah ,cikgu BM yang lepasan Universiti Kebangsaan mula bercerita tentang pengalamannya yang ketika dalam darurat tu .Oleh kerana terlalu takut mereka terpaksa mencari apa saja yang boleh di jadikan senjata untuk mempertahankan diri mereka maka apa yang mereka lakukan ialah membuka semua besi2 katil mereka untuk di jadikan senjata. Bila aku dapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan menyewa di flat kawasan Sg Baru, tuan rumah pula bercerita bagaimana dia dengan kumpulan anak2 muda pergi 'berjuang' dan tangannya merah bermandikan darah kaum cina.Sungai di depan flat itu juga turut menjadi merah...

HaPPy Coming BirthDay To Me !

Image
Da H kenyang .... masa Bergambar kenangan di hadapan rumah. Kek Istimewa yang di atas nya terletak angka 4 dan 7 atau mahu tunggu 30 tahun lagi mampukah aku melihat angka 7 dan 4 itu SEKALI LAGI ! Perkara yang wajib di lakukan setelah banyak makan. Berkaroake >>>> kamu MEMANG berbakat ! Jemput MAKAN lagi..... Turning 47....is like aching here and there ! Salam to everybody who knows me.I want to thank u so much 4 the wishes on my 47 th long years living in this world.And nothing is happier for me right now than watching you happy.

ISLAM dalam KACAMATAku

Hairanlah bila nak bercakap pasal agama saja orang2 jadi tegang. Semua orang2 cepat marah cepat membangkang cepat melatah.Apa ada dengan agama kalau agama itu tidak di amalkan. Aku cuma nampak agama itu di pakai seperti baju yang ada cop saja sama macam di mykad. Seperti orang2 yang memakai baju yang ada cop Islam di poket bajunya jadi orang2 tau dia Islam atau yang lebih teruk yang copnya tersembunyi di kolar baju sehinggakan orang ramai tidak tahu dia pakai cop apa sebab nak kata agama Islam tak pernah ke masjid ,nak kata Hindu tak pulak ke kuil . Dahlah namanya tak melambangkan agamanya malahan dia langsung tak pernah mengaku atau menunjuk apa2 reaksi terhadap agama, fahamkan?Dan sekarang ni lagi dasyat banyak haramjadah siap buat tatoo nama ALLAH (SWT) dan MUHAMMAD (SAW) di atas badan mereka.Mereka lagi daring tunjuk COP atas badan mereka walaupun mereka kafir. Bila aku terbaca kisah Datuk Najib memberi ucapan bahawa Malaysia adalah negara Islam banyak orang2 tak puas hati ter...

BumiPutra IstimeWa ??

Aku adalah bumiputra dan sepatutnya aku merasa gembira kerana mendapat 30% discount sekiranya aku mampu membeli rumah apartment atau condo atau membeli rumah bunglow di tanah2 yang di bangunkan oleh developer atau syarikat2 hartanah di seluruh Malaysia. Tapi aku hanya suri rumah tangga dan tak pernah atau tak mampu membeli jadi aku tak dapat merasai discount tu... Aku juga tak bekerja jadi aku juga tak dapat 30% keistimewaan kota untuk bekerja dalam mana2 jabatan baik kerajaan mahupun swasta. Dan aku juga setiap tahun kena membeli buku2 teks untuk kelima2 anak ku kerana pendapatan suamiku melebihi seribu ringgit.Jadi apa istimewanya aku sebagai bumiputra ! Bila isu DEB atau NEP di ketengah kan lagi kononnya untuk membantu bumiputra aku selalu terfikir ..... betulkah ia boleh membantu ? Kalau dalam syarikat swasta milik kaum bukan bumi akan mengambil pekerja2 Melayu yang bertaraf TUKANG SAPU dan PENJAGA STOR untuk memenuhi kota 30% nya maka kerajaan boleh kah mengwar2 kan yang Dasar...

MuDahNya JaDi JutaWan?

Di Kuala Lumpur hari tu singgah dan tidur 2 malam kat rumah adik di Kota Damansara .Rumah apartment 3 bilik ,tingkat satu di blok Melati. Dia adik perempuan bongsuku bercita2 untuk menjadi usahawan yang berjaya....dah bertahun2 dia bercakap hendak berhenti kerja dan mahu menternak kambing di kampung hinggalah pada hari aku ke rumahnya dia sudah hampir seratus peratus bertekad mahu berhenti kerja...suaminya pun telah memohon untuk berpindah ke Setiawan. Waktu aku sampai , dia sedang menyediakan ramuan2 untuk memasak esok. Rupa2 nya dia telah mula menjual nasi lemak, mee kari ,mee goreng dan mee hoon goreng yang di agih2 kan ke pejabatnya atau sekolah suaminya dan pada hujung minggu pula dia akan menjual di tepi jalan raya.Katanya ini semua sebagai preparations bila dia pulang ke kampung nanti. Katanya masa dia berjual on saturday and sunday for a few hours tu dia memperolehi 300 ringgit bersih. No wonder banyak tokeh taugeh yang jadi milion air.....Kalau dia berjaya aku tumpang gembira ...

BaBi SaNa SiNi

Jangan marah kalau aku sebut babi sebab memang nama binatang tu babi dan jangan hina nama tu sebab ia pun kejadian Tuhan yang maha Esa. Tapi hari ni aku nak tulis pasal babi sebab banyak sangat kisah babi ni baik dari e mail kawan2 sehinggalah ke tempat2 shopping kompleks.Baru ni aku ke One Utama nak cari beg tangan dengan kawan. Itulah pertama kali aku jejak kaki kat one utama shopping complex. Di sebabkan terlalu banyak tempat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur ni jadi aku yakin tentu bukan aku saja yang pertama kali ke sini malahan ramai lagi orang kota yang tak pernah ke sini. Lepas breakfast di hotel Eastin ,aku dengan member berjalan kaki ke luar sedikit dari hotel tu untuk menunggu teksi. Kalau naik teksi dari hotel kami mungkin kena charge 20 ringgit tapi kalau naik teksi bermeter kami cuma bayar 5 ringgit saja, jimat kan ! Oleh kerana minggu lepas kami sudah pergi The Curve jadi hari ini kawan ajak berjalan ke One Utama pula.Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi dan m...

JaLan2 D CurVe

Image
Ini dua hero kepada Fazil Merican, nama tak tahu cuma panggil abang,adik je. Hero ni nama Ahmad Shah Zamani.(Lebih kepada muka crook) Yang ini saya dan kawan saya Mrs Fazil Merican...Norizah,muka macam peranakan tapi dia kata dia real Melayu. Nak makan juga ais krim tu tapi kena share le sebab badan dah macam belon dan sebelum tu kami dah bedal nasi ayam kat restaurant Rojak-rojak. Wow ! Best nya jadi Simsons family, jenis cool selambak. Actually nak hantarq budak2 tenguk wayang kat cinemaleisure so that mak budak2 boleh shopping without disturbance.....tapi next show starts at 5 ptg sedangkan cek2 abang waktu tu dah habis meeting dan akan terus balik ke hotel so what to do ....