Kifarah...
https://muhdhazrie.wordpress.com/2009/07/13/apa-itu-kifarah/ Sebelum aku panjangkan posting tajuk ini aku terpaksa mencari erti sebenar perkataan kifarah itu sendiri dan aku tertarik dengan posting dari link ini,moga pahalalah milik penulis ini dan aku kira tak perlu minta izin atau sebagai kerana mengambil kata2 dia kerana berada dalam alam maya ini kita sudah maklum atur cara fungsinya seperti apa saja di atas skrin sudah menjadi milik maya untuk membaca atau menyalin . Pagi ini ketika berkumur dan meludah dalam sinki kahak ku ada kesan darah walau semalam atau pagi inipun aku tidak batuk . Aku terpaksa scan otak aku untuk fikir apa yang aku makan atau minum semalam . Sebab semua itu akan jadi penyebab . Cuka dan limau ,nenas dan kuinin ,anggur dan mangga ,asam jeruk atau apa saja yg tinggi asid yang boleh membuat bebola dalam paru-paru ku luka kembali. Keadaan seperti ini sudah lumrah bagi ku , aku bersyukur tak lagi panik setiap kali berlaku kalau dulu dokto...