Persiapan
Kawan aku yang dah ramai menantu cakap kalau sorang dah mula kawin nanti tunggulah yang lain2 akan turut. Aku macam tak boleh terima teori tu dari segi saintifik tapi dari segi lojik boleh lah sebab salah satu menunjukkan kalau sorang dah cukup dewasa untuk kahwin anak2 lain pun mestilah sebaya dan dah cukup umur juga. Mungkin juga benar ada teori berjangkit .Bila sorang dah kahwin yang lain pun teringin nak kahwin. Cukuplah bab jangkit-mengjangkit tu. Sebenarnya hari ni aku nak ceritapasal anak no 3 aku yang the only perempuan dlm 5 adik beradik dah nak kahwin awal tahun depan...siapa yang terbaca entry ni dan rasa ingin datang memeriahkan hari bersejarah anak ku tu datanglah ,tunggu aku post kan entry jemputan bila tiba masanya. Sebenarnya dalam merealisasi kan impian anak ku nak masuk gerbang perkahwinan aku mahu yang terbaik sekali gus yang terindah. Konsep ku yang pertama ialah santai dan mesra. Banyak hal yang aku lihat sewaktu hari bahagia pengantin nampak kaku macam patung! Pel...