Merisik Khabar
Aku pernah terfikir dulu ,apa akan berlaku jika ditakdirkan aku bertemu semula wajah2 yang ingin aku temui. Mungkin selepas 5 tahun ,10 tahun 15 tahun . Dan sungguh aku pernah tulis dulu apa yang terdetik dalm hatiku seperti doa yang tersembunyi dan aku telah temui bekas teman ku melalui face book semalam .Kali akhir dia datang temui aku bila anak ku yang nombor 2 tu lahir dan aku masih ingat lagi perkataan punk yang terpantul dari mulutnya bila melihat rambut anakku yang terpacak tu. Waktu itu dia masih bujang dan aku sudah beranak dua. Kedatangannya kerumah ku sebagai seorang jiran dan sahabat dan sesungguhnya hati kami bersih terasa keikhlasannya menemui untuk mengucapkan tahniah pada ku..tak lama kemudian dia pula berkahwin dengan wanita pilihannya..kalau tak salah, aku dah berhenti kerja waktu itu dan mengikuti suami ku ke Johor..namun aku sempat titipkan sejadah bewarna merah...suatu yang aku tidak sedari ialah aku sedang sakit ketika itu dan berat badan ku menurun secara mendada...